Tuesday, January 12, 2010

MELAKA

LAWATAN KE KAMPUNG YANG MENJADI JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
-KAMPUNG PAYA RUMPUT JAYA SG UDANG (PARUJAS)-
28 DISEMBER 2009


Lawatan ini telah disertai oleh penduduk Kg.Gagu,Penghulu Mukim Ulu Teriang,Pegawai KEMAS dan Pegawai RISDA.Objektif lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana Kampung Paya Rumput Jaya boleh berjaya dalam Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008 dan dalam rangka persiapan Kg.Gagu ke Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010 mewakili N.Sembilan.Disini kami diberi sedikit taklimat menenai faktor-faktor kejayaan Kg.Paya Rumput dalam ADC peringkat kebangsaan yang disampaikan oleh En Suani ,setiausaha JKKK kampung tersebut.




Selepas lawatan ke Kampung Paya Rumput Jaya,kami pergi melawat ke bandar Melaka.

MID

TAKLIMAT OPERASI MEDAN INFODESA (MID) KG.GAGU
22 DISEMBER 2009

Taklimat telah disampaikan oleh En Jamil b Adnan,Pegawai Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa,Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bertujuan untuk menjelaskan peranan,fungsi, tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pengurusan MID.