Saturday, October 23, 2010

LOPAK KITO

PROGRAM 'LOPAK KITO' ANJURAN RADIO NEGERIfm

Lokasi:Kampung Gagu
Tarikh:23 Oktober 2010

Objektif:

Program LOPAK KITO (kawasan atau tempat) adalah idea YB Dato' Seri Utama Dr.Rais bin Yatim,Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang mahu mengetengahkan sejarah kampung,menonjolkan anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama kampung,kejayaan yang dicapai kampung dan produk keluaran kampung.
(sumber Radio Malaysia NEGERIfm)

Sesi pengisahan sejarah kampung telah disampaikan oleh To'Empat Hj Yaakub b Ghani , iaitu To'Empat yang keenam.Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Siow Chen Pin , ADUN Chennah.

Sesi wawancara secara langsung menerusi radio NEGERIfm bersama pengerusi JKKK Kg.Gagu,Pegawai Derah jelebu,YB ADUN dan usahawan berjaya ,NORJAHA BAKERY.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KREW-KREW NEGERIfm BERSAMA PENDUDUK

Pameran dan penjualan produk


Penyanyi Rozaime dan artis Bintang Kecil yang telah dibawa khas oleh NEGERIfm.Persembahan kebudayaan (Randai,Ta' Lempong dan Tari Piring) , berzanji dan mendeklamasikan puisi adalah peserta daripada Kampung Gagu sendiri.

Aktiviti berdendang saja-saja bersama DJ Rauf Abdul Rahman

Aktiviti menghias pasangan mengunakan tisu.

Aktiviti mewarna kanak-kanak anjuran PWPK Kg.Gagu.