Thursday, February 24, 2011

BERMULA SEBUAH PENGHIJRAHAN

OPERASI MENANGKAP GAJAH LIAR DI KAMPUNG GAGU

24 Febuari 2011

'Si Buyuang Gagu'

Gajah jantan seberat lebih tiga tan dan berusia lebih kurang 50 tahun ini, telah ditangkap di Jeram Lesong,di tapak projek empangan Ulu Teriang,ZICON semalam dan ditarik keluar oleh 3 ekor gajah betina yang dibawa masuk dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC),Kuala Gandah Pahang.Gajah ini akan dipindahkan ke Terengganu pada petang hari ini.Gajah ini dipindahkan kerana telah merosakkan tanaman serta mengancam nyawa penduduk kampung.

Lawatan kerja oleh YB.Dato' Siow Chen Pen EXCO Kerajaan NS ke tapak tangkapan Gajah bersama Kakitangan Perhilitan Negara di Kampung Gagu.


Pada pukul 7.00 malam bermulalah perjalanan Si Buyuang Gagu ke tempat baru.