INFO


        SEJARAH DAN NAMA KAMPUNG

Kampung Gagu jaraknya 8 km dari pekan Kuala Klawang Daerah Jelebu.  Pemandangan kawasan kampung diapit oleh bukit bukau, hamparan tanaman padi dan kawasan kebun getah serta dusun. Keluasan kampung keseluruhan 650 ekar termasuk Kampung Sungai Legom di bawah pentadbiran JKKK Kg. Gagu. Majoriti penduduk adalah Etnik Minangkabau.
Kampung ini dibuka lebih dari 150 tahun oleh peneroka berasal dari Minangkabau . Asalnya dipanggil kampung “solok” yang bererti “hulu”, saperti yang terdapat di beberapa kampung Minangkabau kerana kawasan yang terpencil.
Ramai yang berpendapat dan merumuskan nama Kampung Gagu ini berasal dari perkataan “ragu” kononnya sekumpulan penduduk asal dari Minangkabau yang datang awalnya berkeadaan ragu apabila sampai di kaki Bukit Baling-Baling yang merupakan bukit tertinggi yang memisahkan Kampung Renal dan Geliu Hulu Klawang.  
g
elaran Datuk Empat sebagai Ketua Kampung adalah gelaran yang dibawa dari Minangkabau. Dibawahnya ada empat suku minang yang utama: Suku Kota Piliang, Suku Sikumbang, Suku Jambak dan Suku Caniago. Datuk Empat adalah ketua adat dan ketua pentadbiran kampung ketika itu.




MAKSUD LOGO 
Bulan sabit dan bintang: Simbol keagungan dan kesucian Agama Islam. 
Atap minangkabau : Identiti adat budaya Minangkabau. 
2 utas lingkaran tali : Kekuatan ikatan komuniti masyarakat Kg. Gagu.
Tangan : Simbol pendokong, perpaduan dan kesatuan masyarakat Kg Gagu.





WARNA LOGO
Hitam : Kegagahan dan keunggulan
Merah : Keberanian dan ketabahan
Kuning : Keharmonian dan kedamaian


M0T0
“Budaya disanjung”
“Adat dijunjung”




PARLIMEN:JELEBU

NAMA YB. AHLI PARLIMEN:YB. DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
                                                       MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

DEWAN UNDANGAN NEGERI :CHENNAH

NAMA YB. ADUN:YB. DATO'  SIOW CHIN PEN
                                          AHLI EXCO KERAJAAN NSDK

DAERAH:JELEBU

PEGAWAI DAERAH:EN.ZAIDI B JOHARI


PENGHULU MUKIM:EN MOHD FOUZI BIN HJ MOHD ISA

PENGERUSI JKKK:EN.MOHD SAAD B HARUN

SETIAUSAHA JKKK:EN.MOHD ZAMRI B HJ ZAKARIA