Tuesday, September 29, 2009

GOTONG ROYONG

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN RUMAH PENDUDUK YANG DILANDA BANJIR.
30 OGOS 2009





Gotong-royong yang dilakukan oleh PEMUDA dan Belia.


Gotong-royong yang dilakukan oleh Tzu Chi Foundation sebuah pertubuhan NGO.

Friday, September 25, 2009

SELEPAS BANJIR.

KEADAAN SELEPAS BANJIR


Keadaan sungai yang dipenuhi dengan kayu-kayu balak dan pokok-pokok renek yang mencantikkan lagi kawasan kampung musnah.


Sebahagiaan harta benda yang musnah.


Kerja-kerja memotong kayu balak yang telah di keluarkan dari dalam sungai.


Kayu balak yang dikeluarkan dari dalam sungai.


Batu terpaksa diletakkan di halaman rumah penduduk untuk menimbus kawasan yang berlumpur dan berair.

* Penghargaan diberi kepada Pejabat Daerah Jelebu,Jabatan Kebajikan Masyarakat,Ahli Parlimen Jelebu,Dauk Sri Dr Rais Yatim,ADUN Chennah,YB Siow Chen Pin dan Tzu Chi Foundation yang merupakan sebuah pertubuhan NGO yang telah meringankan beban penduduk.

BANJIR

BANJIR LUMPUR YANG MELANDA KAMPUNG GAGU,KAMPUNG TERIANG DAN PETALING PADA PETANG KHAMIS ,27 OGOS 2009 (7 RAMADAHAN)

Dalam kemeriahan kita menyambut Ramadahan masih ada insan di luar sana yang ditimpa nasib malang.Kejadian banjir lumpur yang melanda tiga kampung memusnahkan sebahagian besar harta benda milik penduduk.Tragedi ini telah meragut sedikit sebanyak impian untuk menyambut kedatangan syawal dalam suasana meriah dan gembira apabila 96 buah kediaman ditengelami banjir lumpur.Penduduk kampung tidak mampu menyelamatkan apa-apa barangan dari kediaman hatta dokumen rasmi kerana bencana alam itu berlaku dalam sekelip mata kerana tidak menyangka hujan lebat yang turun pada tengah hari itu bakal membawa banjir lumpur.


Air sungai mula melimpah membanjiri kawasan kediaman penduduk.


Air mula memasuki kediaman penduduk setinggi 1.5 meter.


Aliran sungai yang disekat oleh kehadiran kayu balak yang menyebabkan air sungai melimpah.


Keadaan rumah penduduk yang dilanda banjir.Keseluruhan harta benda habis musnah.


Pengerusi JKKK dan YB Siow melawat kawasan yang dilanda banjir.

* Agensi-agensi berkaitan seperti pasukan polis,anggota bomba dan penyelamat,Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Jabatan Kebajikan masyarakat (JKM) berada dilokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.Selain itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah,YB Siow Chin Pen dan juga Pegawai Daerah , Tn Ab.Khalid b Mat yang juga telah berada di lokasi kejadian.


Thursday, September 24, 2009

PERSIAPAN SEBELUM ADC

PERSIAPAN MENJELANG ANUGERAH DESA CEMERLANG






Sekalung penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Daerah Jelebu .Kerjasama dan bantuan yang dihulurkan amat dihargai.Semoga sokongan dan kerjasama yang diberikan akan berterusan demi kemajuan kampung dimasa akan datang.

Wednesday, September 16, 2009

ANUGERAH DESA CEMERLANG 2009

Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Daerah Jelebu
pada 11 Ogos 2009
Inilah papan tanda masuk ke Kampung Gagu.
Panel-panel hakim diiringgi oleh Pengerusi JKKK En.Mohd Saad b Harun dan ahli -ahli JKKK bersama paluan Ca'Lempong daripada Biro Sosial dan Kebudayaan.
Inilah barisan panel-panel hakim Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2009
Ucapan alu-aluan dan pembentangan slides Power Point mengenai kampung oleh Pengerusi JKKK ,En.Mohd Saad b Harun.
Barisan JKKK Kg.Gagu bergambar kenanggan bersama Penghulu Mukim Ulu Teriang,En.Mohd Fouzi b Mohd Isa selepas tamat penghakiman ADC 2009
* KAMPUNG GAGU TELAH MENJADI JOHAN DALAM ADC PERINGKAT DAERAH .

KEMUDAHAN AWAM

MASJID KARIAH
Rumah Ibadat Orang Islam
BALAIRAYA
Pusat Pentadbiran JKKK
DEWAN ORANG RAMAI
Pusat Aktiviti Masyarakat
MEDAN INFODESA
Pusat ICT
PERPUSTAKAAN DESA
Gedung Ilmu
* Kesemua bangunan ini terletak berhampiran diantara satu sama lain.

Friday, September 11, 2009

CARTA ORGANISASI


Inilah struktur carta organisasi JKKK Kg.Gagu.Setiap AJK akan mengetuai setiap Biro-Biro yang telah diwujudkan dalam pentadbiran JKKK Kg.Gagu dan bertanggungjawab sepenuhnya dalam biro-biro yang dipimpin bagi menjayakan setiap aktiviti-aktiviti atau merancang program yang akan dilaksanakan di Kg.Gagu.Setiap biro akan melantik struktur organisasinya sendiri.
SENARAI BIRO:

1.BIRO KESELAMATAN
2.BIRO EKONOMI
3.BIRO SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
4.BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
5.BIRO AGAMA DAN KEBAJIKAN
6.BIRO BELIA DAN SUKAN
7.BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
8.BIRO HAL EHWAL WANITA

PETA PENEMPATAN JKKK KG.GAGU

Inilah Peta Penempatan JKKK Kg.Gagu termasuk kampung rangkaiannya Kg.Sg.Legum.Dengan bilangan penduduk seramai 373 orang dan semuanya berbangsa Melayu.
PARLIMEN
JELEBU
NAMA YB. AHLI PARLIMEN
YB. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS BIN YATIM
MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
DEWAN UNDANGAN NEGERI
CHENNAH
NAMA YB. ADUN
YB. TUAN SIOW CHIN PEN
AHLI EXCO KERAJAAN NSDK
DAERAH
JELEBU
PEGAWAI DAERAH
TN.AB KHALID BIN MAT
PENGHULU MUKIM
EN MOHD FOUZI BIN HJ MOHD ISA

Thursday, September 10, 2009

LOGO KAMPUNG




MAKSUD LOGO
Bulan sabit dan bintang: Simbol keagungan & kesucian agama Islam.
Atap minangkabau : Identiti adat budaya Minangkabau.
2 utas lingkaran tali : Kekuatan ikatan komuniti masyarakat Kampung Gagu.
Tangan : Simbol pendokong, perpaduan dan kesatuan masyarakat Kampung Gagu.



WARNA LOGO
Hitam : Kegagahan dan keunggulan
Merah : Keberanian dan ketabahan
Kuning : Keharmonian dan kedamaian



M0T0
“Budaya disanjung”
“Adat dijunjung”

Wednesday, September 9, 2009

LATAR BELAKANG KG.GAGU

SEJARAH DAN NAMA KAMPUNG

Kampung Gagu jaraknya 8 km dari pekan Kuala Klawang Daerah Jelebu. Pemandangan kawasan kampung diapit oleh bukit bukau, hamparan tanaman padi dan kawasan kebun getah serta dusun. Keluasan kampung keseluruhan 650 ekar termasuk Kampung Sungai Legom di bawah pentadbiran JKKK Kg. Gagu. Majoriti penduduk adalah Etnik Minangkabau. Kampung ini dibuka lebih dari 150 tahun oleh peneroka berasal dari Minangkabau . Asalnya dipanggil kampung “solok” yang bererti “hulu”, saperti yang terdapat di beberapa kampung Minangkabau kerana kawasan yang terpencil. Ramai yang berpendapat dan merumuskan nama Kampung Gagu ini berasal dari perkataan “ragu” kononnya sekumpulan penduduk asal dari Minangkabau yang datang awalnya berkeadaan ragu apabila sampai di kaki Bukit Baling-Baling yang merupakan bukit tertinggi yang memisahkan Kampung Renal dan Geliu Hulu Klawang. Gelaran Datuk Empat sebagai Ketua Kampung adalah gelaran yang dibawa dari Minangkabau. Dibawahnya ada empat suku Minang yang utama: Suku Kota Piliang, Suku Sikumbang, Suku Jambak dan Suku Caniago. Datuk Empat adalah ketua adat dan ketua pentadbiran kampung ketika itu.