Showing posts with label Aktiviti MID. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti MID. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Sunday, December 21, 2014


KARNIVAL DIGITAL MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI @ MINI RTC GAGU

20-21 DISEMBER 2014


Part 1 : 20 Disember 2014
Klik disini untuk melihat gambar 

Part 2:21 Disember 2014

Klik disini untuk melihat gambar



Sekalung penghargaan terima kasih daripada pihak pengurusan Mini RTC Gagu  kepada semua yang telah terlibat dan bertugkus lumus menjayakan karnival ini .Jasa baik dan bantuan  tuan / puan amat kami hargai.Terima kasih juga kepada YB Dato'Yunus Rahmat yang sudi merasmikan majlis penutup karnival ini.

 




Tuesday, December 16, 2014

Dijemput beramai-ramai memeriahkan Karnival Digital Malaysia bersama Komuniti @ Mini RTC Gagu.


Friday, August 15, 2014


 SAMBUTAN KESEDARAN KANSER MULUT DAN JAMUAN SANTAI AIDILFITRI

14 OGOS 2014

 Anjuran bersama Pejabat Pergigian Daerah Jelebu dan Mini RTC Gagu



Ceramah tentang kanser Mulut telah disampaikan oleh Dr Aniza.Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang program ini ,ialah pemeriksaan gigi dan mulut,pameran,demontrasi mengosok gigi,latihan menggosok gigi untuk kanak-kanak,kuiz,cabutan duit raya  dan jamuan hari raya.

Terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan.



Klik disini untuk gambar .

Wednesday, April 30, 2014


 LAWATAN DARIPADA PENGAJAR KURSUS 'COMMUNITY GARDEN'
23 APRIL 2014



En.Hud , En.Kamal dan bekas Pengarah MARA Sabah telah datang ke Kampung Gagu sekali lagi melihat hasil baja oragnik yang dibuat oleh peserta dan juga melihat taman dapur beberapa orang peserta yang berkesempatan meluangkan masa bersama mereka ketika itu.Mereka berharap perserta dapat mempraktik apa yang diajar dan menghasilkan bahan makanan yang bebebas bahan kimia demi kesejahteraan hidup.Semasa lawatan ini ,En.Kamal sempat berkongsi beberapa petua kesihatan dengan mengunakan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat disekeliling.

 Klik untuk melihat gambar


Friday, March 14, 2014


KURSUS 'COMMUNITY GARDEN'

12 dan 13 Mac 2014


Kursus 'Community Garden' dianjurkan oleh Felcra FTC dengan kerjasama Mini RTC Gagu.Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus ini dan tenaga pengajarnya  ialah En.Ahmad Kamal bin Mohd Ali dan En.Hud Hj Sulaiman daripada Malaysian Institut Of Sustainable Agriculture (MISA). Dalam kursus ini , peserta akan diajar menggunakan sisa-sisa buangan untuk dikitar menjadi baja organik untuk tanaman demi menghasilkan tanaman makanan yang sihat dan zero bahan kimia dan menjamin masyarakat yang lebih sihat sejahtera.Didalam kursus ini ,peserta digalakkan mewujudkan taman dapur sendiri dirumah.Secara tidak langsung dapat menjimatkan kos keperluan hidup.Tahniah kepada peserta yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya Terima Kasih kepada penganjur dan tenaga pengajar yang telah mencurahkan ilmu yang sangat bermanfaat kepada peserta kursus. Diharap peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang diberi untuk menjadi petani organik.klik sini untuk gambar

Friday, November 22, 2013

Monday, October 28, 2013

KURSUS 'WASTE TO WEALTH'
 24 DAN 25 OKTOBER 2013

Kursus ini adalah anjuran FELCRA Training and Consultancy (FTC) dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) , melaksanakan program latihan kemahiran kepada penduduk luar bandar di bawah Rural Transformation Programme (RTP)-National Blue Ocean Strategy 4 (NBOS 4). Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan Pertanian Lestari:Transformasi Kearah Makanan Sihat dengan menggalakkan petani/penggusaha menceburi perladangan organik.
Konsep Natural Farming (NF) adalah kaedah pengeluaran yang menggunakan sumber semulajadi termasuk organisma setempat (IMO) ,baja berasaskan tumbuhan dan haiwan serta faktor persekitaran (air,udara,cahaya matahari dan tanah) bagi menghasilkan tanaman makanan organik.Kaedah NF ini telah lama diamalkan di Korea dan beberapa negara di Asia.

 
Peserta Kursus Waste To Wealth bersama penganjur -Felcra FTC (Pn.Siti Hajar Abd.Aziz),pengajar (Pn Nur Wahidah Hambali & En.Norhisam Ramlan ).Turut hadir Datin Raja Maimon. 

Monday, March 11, 2013

Lokasi:Bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai Kampung Gagu.


Like page MINI RTC Gagu,Jelebu Negeri Sembilan  untuk melihat sebarang aktiviti kami.

Friday, March 23, 2012

PROGRAM CUTI SEKOLAH

 KURSUS MICROSOFT WORD
12-16 Mar 2012

MASA:9.00a.m-11.00a.m (Setiap Hari)


Program ini telah dianjurkan oleh Ust.Mohd Sabri Saad.Serami 8 orang telah mengikuti program ini.


Monday, April 25, 2011

LKD Siri 1/2011

KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA SIRI 1/2011
23 APRIL 2011
Sekolah Menengah Agama Dato Haji Tan Ahmad,Simpang Durian.

Seramai 15 orang pelajar diiringi oleh dua orang guru pengiring (Cik Noor Shahila Alwi dan En.Ramza Shalehuddin) dari Sekolah Menengah Agama Dato Haji Tan Ahmad telah menghadiri kursus Literasi komputer Desa selama sehari di Medan Infodesa kg.Gagu yang dibiayai oleh RISDA.Di akhir kursus pelajar akan diberi sijil dan telah disampaikan oleh Tn Hj.Ibrahim bin Harun,RISDA Daerah Negeri Sembilan Barat.


Tuesday, June 22, 2010

PENYAMPAIAN SIJIL

MAJLIS PENUTUP KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA SIRI 3 DAN 4 2010

18 JUN 2010


Peserta bergambar kenangan bersama YB Dato'Siow Chen Pin ADUN Chennah,wakil pengarah RISDA N.Sembilan,penghulu Mukim Ulu Teriang,pengerusi JKKK Kg.Gagu,wakil PPD ,pengurus MID serta yang telibat dalam menjayakan program ini.


Majlis penutup Kursus Literasi Komputer Desa 2010 telah disempurnakan oleh YB Dato' Siow Chen Pin,ADUN Chennah.

Sijil telah disampaikan oleh YB Dato Siow Chen Pin kepada 40 orang peserta kursus komputer

Lawatan YB Dato'Siow Chin Pen dengan diiringi oleh Penghulu mukim,pengerusi JKKK Kg.Gagu,wakil PPD, En Maarof b Hj Mat Rashad dan Tn Hj Ibrahim Harun (RISDA)

Thursday, June 17, 2010

LKD 4/2010


KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA SIRI 4/2010
16-18 JUN 2010
PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Seramai 20 orang pelajar sekolah menegah telah mengikuti kursus komputer ini yang diadakan sempena cuti persekolahan.

Gelagat peserta kursus

Menikmati hidangan yang di sediakan di warong Makmok

Tuesday, June 15, 2010

LKD 3/2010

KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA SIRI 3/2010
9-11 JUN 2010

Seramai 20 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai program ini yang diadakan sempena cuti persekolahan bagi mengisi masa cuti mereka serta dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang dunia ICT

Gelagat peserta kursus


Peserta kursus sedang menikmati hidangan yang disediakan di Warong Mak Mok


Thursday, May 6, 2010

LKD 2/2010

KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA SIRI 2/2010
USAHAWAN PERKUMPULAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK)

4-6 MEI 2010

OBJEKTIF:
Memperkasakan penggunaan komputer dan internet kepada usahawan PWPK



Peserta kursus bergambar kenangan bersama Penyelaras PWPK Cik Azie b Zulkefli serta tetamu jemputan selepas majlis penutup kursus ini


Sijil telah disampaikan oleh En Amirul Rasyidin b Hasan Basari,Wakil Pengarah RISDA Negeri Sembilan Barat kepada peserta kursus.





Friday, April 30, 2010

LKD SIRI 1/2010

KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA SIRI 1/2010

AHLI JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG ,
KAMPUNG GAGU


27-29 APRIL 2010

OBJEKTIF:
Memperkasakan penggunaan komputer dan internet dikalangan ahli JKKK Kg.Gagu

Peserta kursus bergambar kenangan bersama Penghulu Mukim Ulu Teriang,En Mohd Fouzi b Mohd Isa dan pegawai-pegawai RISDA yang turut hadir pada majlis penutup kursus ini.




Sijil telah disampaikan oleh En.Sulaiman b Ahmad kepada peserta kursus.




Tuesday, January 12, 2010

MID

TAKLIMAT OPERASI MEDAN INFODESA (MID) KG.GAGU
22 DISEMBER 2009

Taklimat telah disampaikan oleh En Jamil b Adnan,Pegawai Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa,Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bertujuan untuk menjelaskan peranan,fungsi, tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pengurusan MID.