Thursday, August 15, 2019

IBADAH KORBAN

11 Ogos 2019

Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan pada Aidiladha kali ini.







Wednesday, July 24, 2019

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MASYARAKAT KAMPUNG GAGU

2 JULAI 2019

Thursday, April 4, 2019

PROGRAM ISRAK MIKRAJ

3 APRIL 2019


 Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Zorkarnain bin Ujang selepas solat Maghrib.

Friday, March 15, 2019

KUNJUNGAN DARIPADA WALI KOTA PADANG PANJANG - INDONESIA KE KAMPUNG GAGU

11 MAC 2019



Terima kasih kepada rombongan Wali Kota Padang Panjang ,Indonesia kerana sudi berkunjung ke Kampung Gagu .

Thursday, March 7, 2019

PROGRAM MELEWARKAN TOK ' AMPEK

2 MAC 2019




Datuak Ampek adalah ketua adat bagi orang Minangkabau dan beliau akan dibantu oleh Datuak Mangku.

Friday, March 1, 2019

PERSIAPAN SEBELUM PROGRAM MELEWARKAN DATUAK AMPEK

1 MAC 2019




Persiapan-persiapan yang dilakukan sebelum program Tagak Datuak Ampek yang akan berlangsung pada keesokkan harinya. Terima kasih kepada semua yang telah berganding bahu menjayakan program ini.


Wednesday, February 27, 2019

EXPLORASI GAP

26 Februari 2019


Ini adalah program anjuran RISDA dengan libatsama komuniti  Kampung Gagu.




Monday, February 25, 2019


Aktiviti Surau Kampung sungai Legum setiap Isnin dan Rabu.





GOTONG-ROYONG

24 Februari 2019

Telah diadakan program gotong royong membersihkan pusara dan kawasan di sekitar padang serta mengecat batu-batu dan tembok di kawasan padang. Seramai 5 orang angota PDRM telah turut serta dalam gotong-royong tersebut.











Thursday, February 7, 2019

TAZKIRAH

6 FEBRUARI 2019

Tazkirah ini diadakan bagi mengisi ruang antara Solat Maghrib dan Isyak telah disampaikan oleh Hj Sidek bin Sikin.













KELAS TAKMIR 

2 FEBRUARI 2019

Kelas Takmir di Masjid Kariah Kampung Gagu diadakan setiap hari Sabtu oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Saad.




Friday, February 1, 2019



Untuk makluman warga Kampung Gagu , Kelas Takmir akan diadakan seperti biasa pada ketetapan berikut:

 TARIKH: 2 FEB 2019
MASA: LEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT:MASJID KARIAH KAMPUNG GAGU



MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT

31 JANUARI 2019

Aturcara majlis.

7.00  mlm : ketibaan tetamu.
7.25 mlm  : Maghrib brjemaah.
7.45 mlm  :Bacaan yassin,tahlil
                 :Doa selamat dan kesyukuran.
8.40 mlm  :Isyak brjemaah.
9.00 mlm  : Jamuan makan / Bersurai.

















Terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis ini.




Monday, January 28, 2019

SOLAT SUJUD SEJADAH

25 JANUARI 2019

Solat Sujud Sejadah akan sentiasa di lakukan setiap kali subuh Jumaat dan ini pertama kali diadakan. Secara tidak langsung dapat membiasakan ahli kariah mengimarahkan masjid setiap subuh.Semoga bilangan jemaah akan bertambah dari hari ke hari.






Tuesday, January 15, 2019

GOTONG-ROYONG

14 JANUARI 2019


Gotong -royong membersihkan semak ditepi jalan kampung bermula dari rumah Cikgu Rizal sehingga ke Ulu Gagu.Terima kasih yang tidak terhingga kepada  JPAM ,TNB serta penduduk kampung yang telah bersama-sama menjayakan program ini.Terima kasih juga kepada kaum ibu yang telah menyediakan makan tengahari yang enak.

Kampung kita adalah tanggungjawab bersama.