Wednesday, March 17, 2010

PWPK 1



MESYUARAT AGONG PERKUMPULAN WANITA PEKEBUN KECIL (PWPK) KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2010
16 MAR 2010

Mesyuarat Agong PWPK untuk kali pertama bagi 2010 telah di rasmikan oleh En.Abdul Rahim b Hashim,Pegawai RISDA Daerah N.Sembilan Barat.Turut hadir,En Sulaiman Pegawai Pengembanggan RISDA , Cik Azie bt Zulkefli,Pegawai Penyelaras PWPK Daerah Jelebu dan Pengerusi JKKK Kg.Gagu En.Mohd Saad b Harun.Dalam mesyuarat agong kali ini turut diadakan perlantikkan pengerusi PWPK yang baru serta ahli jawatankuasanya yang lain untuk memberi laluan kepada muka-muka baru menerajui PWPK.Semoga dengan ajk yang baru,PWPK terus bergerak maju.

Tuesday, March 16, 2010

LAWATAN

LAWATAN PEJABAT DAERAH MARANG,TERENGGANU KE KG GAGU
15 MAR 2010


Lawatan Pejabat Daerah Marang ,Terengganu ke Kampung Gagu yang menjadi johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009 dan akan mewakili N.Sembilan ke Peringkat kebangsaan 2010 ini.Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat desa yang telah menjadi johan pada ADC peringkat negeri yang lalu dan mencari tip kejayaan kampung-kampung yang dilawati .Lawatan ini telah diketuai oleh Penghulu Kanan Marang iaitu Tn Hj Ismail b Zainal dan seramai 6 orang telah turut serta bersama beliau dalam lawatan tersebut.Kampung Gagu adalah merupakan kampung yang ketiga dilawati oleh rombongan ini.

Sunday, March 7, 2010

MAULIDUR RASUL

PROGRAM MAULIDUR RASUL 1431 H
12 MAR 2010

Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Hashim.Majlis ini telah bermula selepas solat magrib.

PADI

KRUSUS PENANAMAN PADI
4 MAR 2010



Kursus ini diadakan untuk memberi kefahaman cara-cara menanam padi yang betul dan mengatasi penyakit tanaman kepada petani.

Thursday, March 4, 2010

DIALOG

SESI DIALOG PENDUDUK KAMPUNG GAGU
BERSAMA JABATAN-JABATAN KERAJAAN


3 MAR 2010

Program ini telah di pengerusikan oleh Tn Zulkefli b Baharan (Pegawai Daerah Jelebu) untuk mendengar permasalahan atau isu yang dibangkitkan oleh penduduk.Semua agensi kerajaan turut hadir dalam program ini.