Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Monday, August 5, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG GAGU

1 OGOS 2013

Majlis dimulakan dengan penyampaian televisyen,bantuan hari raya kepada masyarakat Kampung Gagu, majlis berbuka puasa , Solat Maghrib, Solat Terawih , Solat Isyak dan diakhiri dengan moreh.

Tuesday, August 14, 2012

Tuesday, August 7, 2012

BERBUKA PUASA


PROGRAM BERBUKA PUASA MASJID KARIAH KAMPUNG GAGU
 
Tarikh:7 Ogos 2012

Hari:Selasa

Masa:7.00ptg

Tetamu jemputan:Pengarah JHEANS
~~Muslimin n muslimat dijemput hadir~~


Thursday, July 12, 2012

AKTIVITI RAMADHAN 2012

AKTIVITI BULAN RAMADHAN MASJID GAGU 2012.

Majlis Berbuka Puasa


Majlis berbuka puasa khas untuk masyarakat Kampung Gagu di Masjid Kariah Kampung Gagu setiap hari SABTU pada bulan Ramadhan kali ini.

Tujuan: 
Untuk memberi peluang kepada anak-anak rantau pulang kekampung dan berbuka puasa bersama dengan masyarakat Kampung Gagu secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi ikatan silaturahim.

Semua masyarakat Kampung Gagu dijemput hadir .

Monday, August 29, 2011

KHATAM AL-QURAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN QIAMULAIL

27 Ogos 2011

Telah diadakan majlis berbuka puasa dan Majlis khatam Al-Quran di Masjid Kariah kampung Gagu.Majlis Khatam Al-quran diadakan selepas solat Maghrib selepas itu diikuti solat Isyak dan solat Tarawih.Pada pukul 3.30 pagi diadakan pula qiamulail.

Monday, August 22, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA 1432H

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H/2011 DUN CHENNAH DAN DUN KLAWANG

DISEMPURNAKAN OLEH:

YB DATO' SERI UTAMA DR.RAIS YATIM MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN JELEBU

21 Ogos 2011/21 Ramadhan 1432H


Persembahan nasyid daripada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim memberi ucapan beliau.

Tetamu-tetamu kehormat yang turut hadir.


Dato Seri Utama Dr Rais Yatim,isteri beliau ,Datin Sri Masnah Rais dan Dato' Siow Chen Pin (ADUN Chennah) menyampaikan sumbangan kepada penerima.Selain itu ,Ketua-ketua cawangan UMNO dan pelajar angkat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim juga turut menerima sumbangan.

Pelbagai lapisan masyarakat turut hadir memeriahkan majlis ini.


Selepas selesai berbuka puasa ,Dato Seri Utama Dr Rais Yatim dan tetamu yang hadir, menunaikan solat magrib di Masjid Kariah Kampung Gagu sebelum beliau pergi ke Masjid Kariah Kampung Teriang untuk menunaikan solat Isyak dan bertarawih dengan masyarakat kampung tersebut.

Friday, August 19, 2011

BERBUKA PUASA

MAJLIS BERBUKA PUASA

Bersama YB Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim ,Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan ,Malaysia merangkap YB Ahli Parlimen Jelebu.


Tarikh :
21 Ogos 2011

Hari :Ahad
Tempat :Padang awam Kampung Gagu

Semua warga penduduk Kampung Gagu dan kampung berhampiran dijemput hadir.Semoga dengan kehadiran tuan-puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Tuesday, September 7, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA 1431H

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1431H BERSAMA YB AHLI PARLIMEN JELEBU.

6 SEPTEMBER 2010

-27 RAMADHAN 1431H-



Majlis ini dimulai dengan ucapan daripada YB Ahli Parlimen Jelebu,merangkap Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan ,YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim.Seramai 100 orang telah menerima sumbangan duit raya daripada YB Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim dan Pengarah Urusan Redtone,En.Zainal Aman Shah terdiri daripada fakir miskin,anak yatim,ibu tunggal dan golongan OKU bagi meringgankan beban mereka meyambut lebaran yang bakal menjelang tidak lama lagi.Selain itu ,YB ahli parlimen juga turut menyampaikan sumbangan berupa alat muzik kepada Orang Asli kampung Parit Gong.Selesai majlis berbuka puasa,semua jemputan menunaikan Solat Magrib,Solat Isyak dan Solat Terawih secara berjemaah di Masjid kariah Kampung Gagu dan diakhiri dengan moreh.

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA KEPADA SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT..


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3.... Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.