Tuesday, December 15, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT N.SEMBILAN DI KAMPUNG GAGU

13 DISEMBER 2009

GAGU JOHAN ADC PERINGKAT N.SEMBILAN

Syukur kehadrat ilahi,dengan izin dan limpah kurnianya ,Kampung Gagu telah di nobatkan sebagai johan ADC peringkat N.Sembilan.Semoga usaha ini tidak sampai setakat disini sahaja. Ingat!!!,kebangsaan menanti kita dan usaha perlu dilipat gandakan.Semoga Kampung Gagu terus terbilang di kalangan yang terbaik.

Ucapan ketua panel hakim Anugerah Desa Cemerlang(ADC) peringkat N.Sembilan 2009 ,Pn Nor Azizah Yusof.Ucapan Perasmian dan hadiah disampaikan oleh YB Datuk Haji Hasim b Rusdi (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar ,Hal Ehwal Pengguna Dan Kemudahan Awam Kerajaan N.Sembilan Darul Khusus).

PEMENANG ADC PERINGKAT N.SEMBILAN

Johan : KAMPUNG GAGU,JELEBU
Naib Johan:KG.TENGAH ,TAMPIN
Ketiga:FELDA PALONG 5,GEMAS


Antara yang pemenang ADC peringkat daerah

Selain itu ,JKKK Kg.Gagu telah mengadakan pertandingan rumah terceria dan terbersih.Dan hadiahnya telah disampaikan pada hari ini oleh YB Datuk Haji Hashim b Rusdi.TAHNIAH!!! Kepada yang menang dan dapat mengekalkannya.

Persembahan kebudayaan dari kumpulan kebudayaan Kg.Gagu dan pameran daripada agensi-agensi yang mengambil bahagian.