Saturday, October 23, 2010

LOPAK KITO

PROGRAM 'LOPAK KITO' ANJURAN RADIO NEGERIfm

Lokasi:Kampung Gagu
Tarikh:23 Oktober 2010

Objektif:

Program LOPAK KITO (kawasan atau tempat) adalah idea YB Dato' Seri Utama Dr.Rais bin Yatim,Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang mahu mengetengahkan sejarah kampung,menonjolkan anak tempatan yang berjaya mengharumkan nama kampung,kejayaan yang dicapai kampung dan produk keluaran kampung.
(sumber Radio Malaysia NEGERIfm)

Sesi pengisahan sejarah kampung telah disampaikan oleh To'Empat Hj Yaakub b Ghani , iaitu To'Empat yang keenam.Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Siow Chen Pin , ADUN Chennah.

Sesi wawancara secara langsung menerusi radio NEGERIfm bersama pengerusi JKKK Kg.Gagu,Pegawai Derah jelebu,YB ADUN dan usahawan berjaya ,NORJAHA BAKERY.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KREW-KREW NEGERIfm BERSAMA PENDUDUK

Pameran dan penjualan produk


Penyanyi Rozaime dan artis Bintang Kecil yang telah dibawa khas oleh NEGERIfm.Persembahan kebudayaan (Randai,Ta' Lempong dan Tari Piring) , berzanji dan mendeklamasikan puisi adalah peserta daripada Kampung Gagu sendiri.

Aktiviti berdendang saja-saja bersama DJ Rauf Abdul Rahman

Aktiviti menghias pasangan mengunakan tisu.

Aktiviti mewarna kanak-kanak anjuran PWPK Kg.Gagu.


Friday, October 15, 2010

ROMLIE MOHIDEN

Al-Fatihah

En.Romlie b Mohiden,usahawan Kampung Gagu yang telah berjaya mencipta heel protector dan elbow protector untuk kegunaan orang lumpuh dan koma, telah kembali rahmatullah pada pagi 15 Oktober 2010,akan dikebumikan selepas asar di tanah perkuburan Kampung Gagu.Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Ini adalah satu kehilangan yang paling besar kepada kampung Gagu.Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

Thursday, October 14, 2010

HADIAH ADC KEBANGSAAN 2010

PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2010

11 OKTOBER 2010

TAHNIAH!!!
Kampung Gagu telah berjaya memenangi hadiah dalam aspek kebersihan dan kesihatan daripada 7 aspek yang dipertandingkan.Hadiah telah disampaikan oleh Y.B Dato' Seri Hj.Mohd Shafie Bin Hj. Apdal,Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.Diharap dimasa akan datang kita dapat mempertingkatkan lagi usaha untuk mengindah dan memajukan kampung.