Monday, January 18, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG UPSR/PMR 2009
&
MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA KEJAYAAN KG.GAGU DALAM ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT N.SEMBILAN 2009
16 JANUARI 2010



Majlis ini telah di sempurnakan oleh Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,merangkap Ahli Parlimen Jelebu,YB Dato' Seri Utama Dr.Rais bin Hj Yatim.Seramai 16 orang pelajar cemerlang UPSR dan PMR telah menerima anugerah masing-masing.Tahniah!! Kepada semua pelajar yang menerima anugerah.Teruskan usaha untuk terus cemerlang dan gemilang dimasa hadapan.Selain itu ,penyampaian sijil penghargaan kepada IKS yang terlibat dalam ADC peringkat N.Sembilan baru-baru ini.

Tuesday, January 12, 2010

MELAKA

LAWATAN KE KAMPUNG YANG MENJADI JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
-KAMPUNG PAYA RUMPUT JAYA SG UDANG (PARUJAS)-
28 DISEMBER 2009


Lawatan ini telah disertai oleh penduduk Kg.Gagu,Penghulu Mukim Ulu Teriang,Pegawai KEMAS dan Pegawai RISDA.Objektif lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana Kampung Paya Rumput Jaya boleh berjaya dalam Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008 dan dalam rangka persiapan Kg.Gagu ke Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010 mewakili N.Sembilan.Disini kami diberi sedikit taklimat menenai faktor-faktor kejayaan Kg.Paya Rumput dalam ADC peringkat kebangsaan yang disampaikan oleh En Suani ,setiausaha JKKK kampung tersebut.




Selepas lawatan ke Kampung Paya Rumput Jaya,kami pergi melawat ke bandar Melaka.

MID

TAKLIMAT OPERASI MEDAN INFODESA (MID) KG.GAGU
22 DISEMBER 2009

Taklimat telah disampaikan oleh En Jamil b Adnan,Pegawai Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa,Kementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bertujuan untuk menjelaskan peranan,fungsi, tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pengurusan MID.

Sunday, January 3, 2010

KEMPESID

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI 2009
(KEMPESID 2009)
21-22 DISEMBER 2009


OBJEKTIF:
1.Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar tentang kesyumulan Islam dan Fardu Ain.
2.Memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan pengetahuan Agama Islam khususnya bab Fardu Ain dan sahsiah diri melalui soal jawab dan latihan dalam kumpulan (LDK).
3.Sebagai tempat melahirkan insan muslim yang bertaqwa kepada Allah SWT.
4.Mencungkil potensi pelajar,menilai dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang Al-Quran dan pengetahuan Agama Islam.

Peserta KEMPESID