Monday, October 9, 2017

PESTA MENGEMPING DAN MENGOCA
9 SEPTEMBER 2017



          Alhamdulillah ,syukur ke hadrat ilahi program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya.Ini adalah merupakan program tertutup anjuran Ybgh.Tan Sri Dr Rais Yatim khas untuk Para pelajar UIA ,sahabat handai,badan-badan sukarelawan dan kaum keluarga beliau dalam, misi beliau memperkenalkan tradisi kedesaan muhibah dengan semangat gotong-royongnya dan acara serta aktiviti yang mengamit nostalgia ketika waktu dulu , masakan kampung yang enak untuk diperkenalkan kepada generasi ini supaya tidak hilang ditelan arus pemodenan dan dapat dikekalkan dan diwarisi hingga keakhir zaman.

Menu masakan kampung yang disediakan untuk tetamu adalah:

1.Gulai Jering dengan Ayam Kampung
2.Gulai Talipia bersama Machang
3.Ikan Talipia goreng bersama air asam
4.ulam ulaman
5.Air sirap.

       Sekalung ucapan terima kasih kepada barisan urusetia yang berganding bahu menjayakan pogram ini.Diharap tetamu yang hadir ke program ini ,mendapat pengalaman yang amat berharga.