PROGRAM KESIHATAN
20 FEBUARI 2010
Program ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya demam Denggi dan langkah-langkah pencegahan.Selain itu turut diadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan.
Nyamuk Aedes boleh dikenali melalui belang hitam dan putih di badan dan kakinya.Terdapat dua jenis nymuk Aedes iaitu Aegypti dan Albopictus.
Ini adalah merupakan kitaran hidup nyamuk Aedes.3/4 atau 75 % kitaran nyamuk Aedes berada didalam air.Dari telur hingga dewasa mengambil masa 7 hingga 10 hari.
Tanda-tanda pesakit yang diserang demam denggi.Selain itu pesakit juga akan mengalami pendarahan dalaman seperti jantung,paru-paru,hati dan otak.Penyakit ini boleh membawa maut kepada penghidapnya.
Tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamuk Aedes.Oleh itu marilah kita membersihkan tempat-tempat yang boleh menakung air.
Jika gagal membayar kompaun,boleh didenda di mahkamah.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
Sumber Jabatan Kesihatan
CARA-CARA PENCEGAHAN
Memusnahkan vektor adalah langkah yang utama.
Memusnahkan vektor adalah langkah yang utama.
- Mengawal dan membersihkan persekitaran dan tempat-tempat yang boleh berlakunya pembiakan nyamuk.
- Mengunakan racun aerosol dan semburan kabus(fogging).Dalam semburan kabus ini,masyarakat haruslah memberi kerjasama membenarkan petugas menyembur didalam rumah.
- Memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% SG (1 sudu=10 gm untuk 20 gelen air) kedalam bekas tadahan air.
Jika gagal membayar kompaun,boleh didenda di mahkamah.
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
Sumber Jabatan Kesihatan
No comments:
Post a Comment