Monday, December 12, 2011

MOTIVASI PART 2

TEKNIK KEMAHIRAN BERFIKIR
9 Disember 2011


Penceramah:Prof.Dr Hj Amran bin Alias
Masa:9.00 mlm-11.00 mlm



Semoga para pelajar dan hadirin yang hadir pada malam ini,dapat menjana pemikiran yang kreatif dan kritis.



Thursday, December 1, 2011

PROGRAM MOTIVASI

PROGRAM MOTIVASI
Tarikh :9 Disember 2011 (Jumaat)
Masa :9.00 mlm
Tempat :Dewan Orang Ramai Kampung Gagu
Penceramah:Prof.Madya Dr Hj Amran bin Alias (UTM Skudai)
Topik :TEKNIK KEMAHIRAN BERFIKIR
-TIDAK DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN-
Golongan sasar:
  • Pelajar sekolah
  • Pelajar kolej
  • Pelajar politeknik
  • Pelajar Universiti
  • Individu berminat.
Anda dijemput hadir ke program motivasi ini...!!!
 p/s:Ibubapa dan penjaga diminta untuk memaklumkan program motivasi ini kepada anak masing-masing.

Monday, November 14, 2011

HARI RAYA AIDIL ADHA 1432H

IBADAH KORBAN
6 NOV 2011 / 10 Zulhijjah 1432h

Gambar sekitar ibadah korban yang dilakukan di Kampung Gagu.Sebanyak 8 ekor lembu telah di korbankan pada tahun ini.

Monday, September 5, 2011

MOTIVASI PART 1

STUDY SKILL SEMINAR
Issues Techniques And Tactics On Teaching And Learning
2 September 2011/4 Syawal 1432H

Penceramah:Prof. Madya Dr. Hj Amran bin Alias
Bil peserta:15 orang
Masa:9.30 mlm-12.00 mlm


Ceramah motivasi ini telah disampaikan oleh Prof.Mayda Dr. Hj Amran bin Alias yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia.Beliau juga merupakan anak jati Kampung Gagu.Objektif utama program ini adalah untuk memberi sedikit motivasi kepada para pelajar dan umumnya kepada semua lapisan masyarakat betapa pentingnya ilmu sempena cuti dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri ,untuk beliau berkongsi sedikit ilmu yang di miliki.Dalam ceramah itu, beliau ada menyebut dan meniupkan semangat jati diri pelajar di desa bahawa jangan malu atau rasa rendah diri menjadi anak kampung.Hanya dengan adanya ilmu sahaja dapat membezakannya kedudukan seseorang itu.Dan kita sepatutnya berasa bangga menjadi anak kampung yang dapat merasa pelbagai pengalaman hidup yang boleh dijadikan panduan untuk menghadapi kehidupan di masa hadapan.Dalam ceramah ini,beliau mengalakkan para pelajar mengadakan belajar secara berkumpulan dan kena pandai mencari kawan sesuai yang boleh membantu kita untuk belajar.Setiap pelajar juga harus pandai menguruskan masanya dengan baik dan setiap apa yang telah dipelajari atau dibaca sendaklah diingati kembali supaya lekat di minda.Beliau ada menyatakan:

Kejayaan akan tercipta bila:-
Belajar secara biasa,
dari keluarga biasa,
Dengan kecerdasan biasa,
yang belajar di 'U' biasa,
Tetapi
Berusaha secara luar biasa.


Semoga para pelajar , ibubapa dan individu yang sempat hadir pada malam ini mendapat input yang sangat berguna dalam memacu kejayaan hidup masing-masing.







Monday, August 29, 2011

RAYA DAN MERDEKA



Salam Aidilfitri 1432H dan Salam Kemerdekaan yang ke -54
-Tranformasi berjaya ,rakyat sejahtera.


Kepada seluruh muslimin dan muslimat serta rakyat Malaysia tak kira dimana jua berada.Selamat pulang anak-anak perantau ke desa dan berhati-hati dijalan raya.Selain itu,kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang sebagai rasa cinta kita kepada negara sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54.Semoga kesejateraan dan keamanan yang kita kecapi kini akan berkekalan.




*Saya mewakili warga JKKK Kg.Gagu,mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan kepada semua warga penduduk Kampung Gagu.Mohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang menjalankan tanggungjawab kami sebagai ahli JKKK.

Maaf Zahir dan Batin

KHATAM AL-QURAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN QIAMULAIL

27 Ogos 2011

Telah diadakan majlis berbuka puasa dan Majlis khatam Al-Quran di Masjid Kariah kampung Gagu.Majlis Khatam Al-quran diadakan selepas solat Maghrib selepas itu diikuti solat Isyak dan solat Tarawih.Pada pukul 3.30 pagi diadakan pula qiamulail.

Monday, August 22, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA 1432H

MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1432H/2011 DUN CHENNAH DAN DUN KLAWANG

DISEMPURNAKAN OLEH:

YB DATO' SERI UTAMA DR.RAIS YATIM MENTERI PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MERANGKAP AHLI PARLIMEN JELEBU

21 Ogos 2011/21 Ramadhan 1432H


Persembahan nasyid daripada mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim memberi ucapan beliau.

Tetamu-tetamu kehormat yang turut hadir.


Dato Seri Utama Dr Rais Yatim,isteri beliau ,Datin Sri Masnah Rais dan Dato' Siow Chen Pin (ADUN Chennah) menyampaikan sumbangan kepada penerima.Selain itu ,Ketua-ketua cawangan UMNO dan pelajar angkat Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim juga turut menerima sumbangan.

Pelbagai lapisan masyarakat turut hadir memeriahkan majlis ini.


Selepas selesai berbuka puasa ,Dato Seri Utama Dr Rais Yatim dan tetamu yang hadir, menunaikan solat magrib di Masjid Kariah Kampung Gagu sebelum beliau pergi ke Masjid Kariah Kampung Teriang untuk menunaikan solat Isyak dan bertarawih dengan masyarakat kampung tersebut.

Friday, August 19, 2011

BERBUKA PUASA

MAJLIS BERBUKA PUASA

Bersama YB Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim ,Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan ,Malaysia merangkap YB Ahli Parlimen Jelebu.


Tarikh :
21 Ogos 2011

Hari :Ahad
Tempat :Padang awam Kampung Gagu

Semua warga penduduk Kampung Gagu dan kampung berhampiran dijemput hadir.Semoga dengan kehadiran tuan-puan akan memeriahkan lagi majlis ini.

Tuesday, August 16, 2011

PERTANDINGAN MENGHIAS BLOG

Pertandingan Menghias Blog Sempena Bulan Kemerdekaan


Hadiah
menarik menanti anda semua. Berikut merupakan penerangan berhubung pertandingan tersebut.


    Hiaskan laman web/blog anda dengan Jalur Gemilang dengan cara paling kreatif bagi menggambarkan kemeriahan sambutan Bulan Kemerdekaan Ogos dan September ini.

    Hiasi laman web/blog anda dan menangi hadiah wang tunai berjumlah RM7,500.

    Setiap laman web/blog yang mahu dipertandingkan mesti dihiasi dengan logo rasmi kempen dan bendera Jalur Gemilang.



    Rakam foto laman web/blog anda dengan menggunakan kaedah "screenshot" dan hantar kepada kami untuk dinilai.

    Laman web/blog yang paling kreatif serta menarik akan memenangi hadiah berupa:
    Hadiah pertama: Wang tunai sebanyak RM3,000
    Hadiah kedua: Wang tunai sebanyak RM2,000
    Hadiah ketiga; Wang tunai sebanyak RM1,000
    Hadiah saguhati: Wang tunai sebanyak RM300 untuk tiga pemenang

    Syarat penyertaan:

    1. Peserta hendaklah rakyat Malaysia. Tetapi kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad, anak-anak syarikat serta saudara-mara mereka tidak layak menyertainya.

    2. Pertandingan terbuka kepada semua laman web/blog yang dimiliki rakyat Malaysia, baik dihos di dalam negeri atau di luar negara.

    3. Jika penyertaan dihantar oleh orang lain, hanya pemilik laman web/blog sahaja dianggap pemenang.

    4. Semua foto screenshot laman web/blog untuk dipertandingkan hendaklah dihantar ke Utusan Online (http://www.utusan.com.my)

    5. Peserta boleh menghantar lebih dari satu laman web/blog tetapi setiap orang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

    6. Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan nama sebenar pengirim (seperti tertera di MyKAD), nombor MyKAD (maklumat ini akan dirahsiakan), alamat pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), lokasi umum pengirim (contoh: Kota Bahru, Kelantan), nombor telefon bimbit (maklumat ini akan dirahsiakan), emel pengirim (maklumat ini akan dirahsiakan), URL laman web/blog dan keterangan gambar.

    7. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan.

    8. Penganjur tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan pada foto yang dihantar.

    9. Laman web/blog yang memenuhi syarat dan kriteria pertandingan sahaja yang akan dipertimbangkan.

    10. Urusetia kempen mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan atau tidak foto-foto laman web/blog yang dihantar untuk pertandingan.

    11. Urusetia kempen juga mempunyai hak mutlak untuk menyiarkan foto-foto yang dihantar untuk pertandingan dalam laman-laman web dan akhbar Utusan.

    12. Keputusan urusetia termasuk mengenai pemenang-pemenang mingguan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam.

Thursday, July 28, 2011

TAHLIL

MAJLIS TAHLIL ,DOA SELAMAT,TAZKIRAH RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN

27 JULAI 2011



Majlis bermula dari solat maghrib di Masjid Kariah kampung Gagu dan sumbangan Dato Sri Utama Dr Rais Yatim kepada fakir miskin telah disampaikan oleh pegawai JASA.

Tuesday, June 28, 2011

DELAGASI

LAWATAN DELAGASI DARI SUMATERA
27 JUN 2011


Ketika menyambut ketibaan delagasi dari Sumatera


Objektif kedatangan mereka ke Kampung Gagu adalah untuk melihat sendiri kebudayaan dan aktiviti masyarakat minang di Kampung Gagu ini. Mereka turut dihiburkan dengan tarian randai,cak lempong dan adat istiadat perkahwinan masyarakat minang di Kampung Gagu.Mereka juga dapat melihat budaya Minangkabau yang dibawa oleh nenek moyang dahulu dari Sumatera ke Kampung Gagu masih diamalkan disini.Tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas.



Monday, June 6, 2011

UUM (Part 2)

ANAK ANGKAT DARIPADA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
SINTOK KEDAH

Baksis Perdana 2011
(Bakti Siswa Perdana)
Program 'Jojak Adat' dan 'Baralek Gadang'
1-6 JUN 2011


4 Jun 2011 (Sabtu)

Aktiviti
  • Bengkel Minangkabau-Bahasa & Kebudayaan bersama belia-belia Kampung Gagu
  • Membuat latihan untuk malam kebudayaan siswa UUM.


5 Jun 2011 (Ahad)

Aktiviti
  • Sukaneka
  • Gotong-royong memasak
  • Malam kebudayaan siswa/i UUM dan BBQ



6 Jun 2011 (Isnin)

Aktiviti


  • Ceramah mengenai adat disampaikan oleh Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim kepada mahasiswa/i UUM di Balai Raya Kampung Gagu
  • Pertunjukan sketsa adat istiadat perkahwinan orang minangkabau,meraikan perkahwinan ke-2 Hj.Yusran dan pasangannya (berbaju ungu) dan Ulang tahun perkahwinan Dato Sri dan Datin.
  • Majlis perpisahan dan penutup untuk program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Utama Dr Rais Yatim.


Sketsa adat perkahwinan masyarakat minang yang dilakonkan oleh beberapa orang penduduk Kg.Gagu sebagai pihak pengantin perempuan dan pihak pengantin lelaki ,imam masjid Kariah Kampung Gagu,Tn Hj Abdul Latif bin Ahmad serta To' adat:(berbaju hitam dari kiri)
To' Mudo Azahari bin Tafmin, To'Mangku Haji Othman bin Sidin dan To' Ampat Haji Yaakub bin Ghani .To'adat inilah yang akan menyaksikan istiadat perkahwinan antara pihak pengantin perempuan dan pihak pengantin lelaki yang dengan membawa hantaran seperti Tepak Sirih,Sirih Junjung,Nasi Gadang dan Boko.Pengantin lelaki akan menyerahkan Boko kepada kedim pengantin perempuan.

*Boko = adalah hadiah yang dibalut dengan perca kain yang dijahit berbentuk empat segi.


Semoga pelajar-pelajar UUM dapat menimba satu pengalaman yang amat bermakna semasa berada di Kampung Gagu dan semoga ukhwah yang terjalin dengan keluarga angkat disini akan terus berkekalan.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah bertunggus lumus dalam menjayakan program ini.