Wednesday, November 7, 2018

GOTONG ROYONG

6 NOVEMBER 2018


Gotong - royong membersihkn jalan semak dari rumah Puan Salbiah hingga ke Surau Kg.Sg Legum. Minum pagi disediakan oleh kaum wanita di masjid.Terima kasih kepada semua yang terlibat.




 




Sunday, October 28, 2018

GOTONG ROYONG 

27 OKTOBER 2018


Terima kasih kepada penduduk,sukarelawan dan JPS yang membantu membrsihkn kesan banjir di Sungai Gagu  dan rumah yang terlibat.















Wednesday, October 24, 2018

MESYUARAT MPKK  

23 OKTOBER 2018

Mesyuarat bil 1/2018


Pengerusi      : Mohamad Azman bin Sawir
Setiausaha    :  Khairul Nazhar bin Yusran
Bendahari     : Norizawati binti Nazaruddin

AJK              : Zainab binti Mohammad Nasir ( Insfrastruktur dan Komunikasi )
                     : Mohd Damri bin Maani ( Ekonomi  dan Keusahawanan )
                     : Mohd Rizal bin Sariti (Pendidikan dan Inovasi)
                     : Jantan bin Tinin (Keselamatan dan Kesihatan)
                     : Sabri bin Saat (Agama dan  Sivik)
                     : Nurhajati binti Rasjidin (Hal Ehwal Wanita dan Keluarga)
                     : Marzuki bin Jaman (Kesejahteraan dan Keceriaan)
                     : Zuriati binti Sawir ( Kebajikan dan Kesukarelawan)
                     : Romainor bin Md Shah (Pembagunan Prasarana)
                     : Mohamad Amali bin Ali Nasrul (Belia Sukan dan NGO)

Tuesday, September 25, 2018

MINUM PETANG

24 SEPTEMBER 2018

 Bacaan doa oleh Hj Sidek Sikin



 Ucapan daripada mantan Pengerusi JKKK Kg.Gagu,En.Mohd Saad bin Harun.

 
Ucapan daripada Pengerusi MPKK Kg.Gagu ,En.Mohamad Azman bin Sawir

                                             Ucapan daripada Ybhg Tan Sri Dr Rais Yatim




Simbolik Penyerahan pentadbiran daripada JKKK kepada MPKK yang baru.


Penyampaian cenderahati oleh Ybhg Tan Sri Dr Rais Yatim kepada mantan Pengerusi JKKK dan Pengerusi MPKK yang disampaikan oleh Yb Bakri Sawir.

 Mantan ahli JKKK dan ahli MPKK bergambar kenangan bersama Ybhg.Tan Sri Dr Rais Yatim, Tok Ampek Hj Sidik Sikin dan Yb Bakri Sawir (ADUN Klawang)


Nota Kaki:

Dahulu dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan bila beralihnya kerajaan selepas PRU-14 , namanya telah ditukar kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Tahniah. Pengerusi MPKK yang baru dan ahli jawatankuasanya.Selamat mengalas amanah dan tangungjawab.

Tuesday, August 28, 2018


SEMARAK MERDEKA- 61

28 OGOS 2018



Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program Sambutan Hari Kemerdekaan ini.- Tabika PERPADUAN,Tabika KEMAS , Tabung Haji , Jabatan Bomba , Team Nestle (MAGGIE) , Perpustakaan Desa Kampung Gagu & Perpustakaan Desa Kg.Teriang.

Monday, August 27, 2018

IBADAH KORBAN

25 OGOS 2018 



Program Ibadah Korban bersama asnaf anjuran Baitulmal Daerah Jelebu.


Tuesday, May 15, 2018





Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat yang bakal menjelang tidak lama lagi.Semoga semua amal ibadah kita di bulan mulia diterima oleh Allah s.w.t.

Monday, May 7, 2018


PROGRAM GOTONG ROYONG

5 MEI 2018

Mengecat batu-batu di depan bangunan sekolah lama.













6 MEI 2018

Gotong royong membersihkan masjid dan kawasan perkuburan.







Monday, April 23, 2018

PROGRAM MENGOCA DAN MENGEMPING

22 APRIL 2018

     Ini adalah program kali yang ke-6 yang telah dianjurkan oleh Ybhg Tan Sri Rais Yatim dalam memartabatkan warisan budaya supaya tidak hilang ditelan arus kemodenan dan dapat diwarisi kepada generasi seterusnya.Terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus demi menjayakan program ini.Terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana telah memberi mesin pelerai padi kepada pesawah Kampung Gagu.Terima kasih kepada JKKK Kampung Gagu yang telah menaja kek dan pulut kuning sempena sambutan hari lahir Ybgh.Tan Sri.
      Turut hadir pada program kali ini, ialah , Prof.Razak daripada Fakulti Senibina Universiti Islam Antarabangsa dan rakan-rakan Ybhg Tan Sri dan Puan Sri, pelajar-pelajar UIA , MCA dan MIC. Admin, mewakili masyarakat Kampung Gagu , mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Ybhg Tan Sri Rais Yatim yang ke-76 yang jatuh pada 15 April 2018 yang lalu.Semoga Tan Sri dipanjangkan usia , dimurahkan lagi rezeki ,diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.Amin


Monday, April 16, 2018

 CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ

14 APRIL 2018


Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hashim bin Harun









GOTONG-ROYONG MEMASAK PADA SEBELAH PETANGNYA