Showing posts with label Pelawat. Show all posts
Showing posts with label Pelawat. Show all posts

Wednesday, March 7, 2018


LAWATAN EXCO PERTANIAN NEGERI SEMBILAN KE KAMPUNG GAGU

5 MAC 2018


Lawatan Y.B. Dato' Hj. Hasim Bin Rusdi  yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian  Industri Asas Tani  merangkap Exco &  Dun Labu bersama ketua-ketua jabatan ke Kampung Gagu pada pukul 2.00 petang selepas solat Zuhur di Masjid Kariah Kampung Gagu.Tujuan lawatan ini juga adalah untuk menyerahkan mesin padi.



Thursday, January 31, 2013


LAWATAN DELIGASI WARTAWAN INDONESIA DAN BERNAMA

30 JANUARI 2013 

Objektif:
  • Mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia.
  • Menjernihkan pergeseran ,tuduhan keatas Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia.


Para wartawan tiba di Kampung Gagu tatkala Azan Zuhor berkumandang.Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Gagu serta Ahli Jawatakuasanya dan Pejabat Penerangan Daerah Jelebu.

Wednesday, November 28, 2012

LAWATAN DARIPADA JABATAN PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) KE KAMPUNG GAGU

 28 NOVEMBER 2012

Seramai 26 orang pegawai SPRM yang hampir bersara telah datang melawat ke IKS Kampung Gagu dalam melengkapkan kursus mereka untuk tahun ini dan mencari inisiatif serta idea untuk menjana pendapatan apabila mereka bersara kelak.

Tuesday, June 28, 2011

DELAGASI

LAWATAN DELAGASI DARI SUMATERA
27 JUN 2011


Ketika menyambut ketibaan delagasi dari Sumatera


Objektif kedatangan mereka ke Kampung Gagu adalah untuk melihat sendiri kebudayaan dan aktiviti masyarakat minang di Kampung Gagu ini. Mereka turut dihiburkan dengan tarian randai,cak lempong dan adat istiadat perkahwinan masyarakat minang di Kampung Gagu.Mereka juga dapat melihat budaya Minangkabau yang dibawa oleh nenek moyang dahulu dari Sumatera ke Kampung Gagu masih diamalkan disini.Tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas.



Tuesday, March 16, 2010

LAWATAN

LAWATAN PEJABAT DAERAH MARANG,TERENGGANU KE KG GAGU
15 MAR 2010


Lawatan Pejabat Daerah Marang ,Terengganu ke Kampung Gagu yang menjadi johan Anugerah Desa Cemerlang peringkat Negeri Sembilan pada tahun 2009 dan akan mewakili N.Sembilan ke Peringkat kebangsaan 2010 ini.Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat desa yang telah menjadi johan pada ADC peringkat negeri yang lalu dan mencari tip kejayaan kampung-kampung yang dilawati .Lawatan ini telah diketuai oleh Penghulu Kanan Marang iaitu Tn Hj Ismail b Zainal dan seramai 6 orang telah turut serta bersama beliau dalam lawatan tersebut.Kampung Gagu adalah merupakan kampung yang ketiga dilawati oleh rombongan ini.