Showing posts with label Pertanian. Show all posts
Showing posts with label Pertanian. Show all posts

Monday, April 23, 2018

PROGRAM MENGOCA DAN MENGEMPING

22 APRIL 2018

     Ini adalah program kali yang ke-6 yang telah dianjurkan oleh Ybhg Tan Sri Rais Yatim dalam memartabatkan warisan budaya supaya tidak hilang ditelan arus kemodenan dan dapat diwarisi kepada generasi seterusnya.Terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus demi menjayakan program ini.Terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana telah memberi mesin pelerai padi kepada pesawah Kampung Gagu.Terima kasih kepada JKKK Kampung Gagu yang telah menaja kek dan pulut kuning sempena sambutan hari lahir Ybgh.Tan Sri.
      Turut hadir pada program kali ini, ialah , Prof.Razak daripada Fakulti Senibina Universiti Islam Antarabangsa dan rakan-rakan Ybhg Tan Sri dan Puan Sri, pelajar-pelajar UIA , MCA dan MIC. Admin, mewakili masyarakat Kampung Gagu , mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Ybhg Tan Sri Rais Yatim yang ke-76 yang jatuh pada 15 April 2018 yang lalu.Semoga Tan Sri dipanjangkan usia , dimurahkan lagi rezeki ,diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.Amin


Wednesday, March 7, 2018


LAWATAN EXCO PERTANIAN NEGERI SEMBILAN KE KAMPUNG GAGU

5 MAC 2018


Lawatan Y.B. Dato' Hj. Hasim Bin Rusdi  yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian  Industri Asas Tani  merangkap Exco &  Dun Labu bersama ketua-ketua jabatan ke Kampung Gagu pada pukul 2.00 petang selepas solat Zuhur di Masjid Kariah Kampung Gagu.Tujuan lawatan ini juga adalah untuk menyerahkan mesin padi.



Thursday, April 15, 2010

FERTIGASI

KURSUS FERTIGASI
ANJURAN PWPK KG.GAGU DENGAN KERJASAMA JABATAN PERTANIAN DAERAH JELEBU


14 APRIL 2010
Tetamu Jemputan

Dari kiri:Cik Azie bt Zulkefli (Pegawai Penyelaras PWPK) ,Yang Mulia Raja Norazli bin Raja Nordin (Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu),En Ahmad Soki b Anian (PegawaiPertanian),En Mohd Saad b Harun (Pengerusi JKKK Kg.Gagu) dan Dato' Empat Yaacob b Ghani.


Ucapan daripada En.Ahmad Soki b Anian (Pegawai Pertanian) dan Yang Mulia Raja Norazli b Raja Nordin (Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu) serta merasmikan kursus ini.

Pengerusi JKKK Kg.Gagu,menyampaikan cenderahati kepada tetamu jemputan.

Ceramah mengenai penanaman cara fertigasi telah disampaikan oleh En.Mohd Rashid b Razali dari Unit Pengurusan dan Pemulihan Sumber Tanah.

Diantara peserta yang menghadiri kursus

Tuesday, April 6, 2010

PADI

Sekarang musim kesawah

Padi yang telah siap ditanam

Sunday, March 7, 2010

PADI

KRUSUS PENANAMAN PADI
4 MAR 2010



Kursus ini diadakan untuk memberi kefahaman cara-cara menanam padi yang betul dan mengatasi penyakit tanaman kepada petani.