Tuesday, July 27, 2010

K.BESTARI KG.GAGU

REWANG PENGANTIN
-The get together and teamwork wedding preparation-
26 Julai 2010
Lokasi:Kuala Lumpur

Seramai 25 orang peserta dari Kampung Gagu telah mengambil bahagian.

Peserta sedang sibuk menyediakan masakan.Menunya adalah Nasi Kawah,Gulai Daging Salai Pucuk Ubi,Rendang Minang,Puteri Mandi dan Air Limau Kasturi.

Rendang Minang yang amat sedap.




Friday, July 23, 2010

WEB SITE

Kini ,Kampung Gagu telah maju setapak lagi kerana mempunyai laman sesawangnya sendiri yang boleh diakses di http://www.kggagu.com dan telah dilancarkan pada 13 Julai 2010 baru-baru ini sempena Penghakiman Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010 oleh ketua panel hakim ADC 2010.

Wednesday, July 14, 2010

ADC KEBANGSAAN 2010

PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
13 JULAI 2010




Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga penduduk Kampung Gagu yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010.Tidak ketinggalan kepada RISDA Daerah dan Negeri,Penghulu Mukim Ulu Teriang ,Mohd Fouzi b Mohd Isa yang telah banyak menyumbang dan membantu JKKK Kg.Gagu dalam menjayakan ADC ini, termasuk juga agensi-agensi kerajaan lain ,turut turun padang menjayakan ADC ini.Terima kasih sekali lagi.Kita semua telah buat yang terbaik dan kita telah tunjukkan yang kita ni memang hebat.Semoga apa yang telah kita usahakan akan membuahkan hasil.Marilah sama-sama kita berdoa,moga kejayaan milik Kampung Gagu.A.M.I.N.

Terima kasih kepada panel-panel hakim yang arif lagi bijaksana ,yang telah sudi datang ke desa kami yang penuh adat dan tradisi untuk menghakimi desa kami dalam Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010 yang merupakan desa yang kesembilan dari empat belas desa yang masuk bertanding di seluruh negeri.

Semoga Kampung Gagu terbilang dikalangan yang cemerlang.

Sunday, July 11, 2010

FORUM PERDANA

FORUM PERDANA
KEMENTERIAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (DAN AGENSINYA RISDA)

TAJUK:PERPADUAN UMAH DALAM KONSEP 1 MALAYSIA

25 JUN 2010 (12 REJAB 1431H)

Ketibaan YB Dato' Hj Hasan b Malek,Timbalan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Pegawai Daerah Jelebu.


Perasmian oleh YB Dato'Hj Hasan B Malek,Timbalan Menteri KKLW

Ustaz Shairozi b Hashim (Pensyarah IPGRM Seremban),Ustaz Habibullah b Mohd Ali (Pegawai JASA Parlimen Jelebu selaku moderator) dan Ustaz Syukor b Putih (Imam masjid kuaters KLIA,Sepang).

MENGEMPING

SEPETANG MENGEMPING BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG GAGU
-PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA-

3 JULAI 2010

LOKASI:DI SAWAH EN NASIR B SIAP


Padi yang sedang menguning

Kelihatan pengunjung sedang menuju kerumah En Nasir b Siap dimana pesta mengemping diadakan untuk melihat sendiri bagaimana emping dihasilkan.

Tradisi duduk berselo.

Ucapan daripada YB Dato' Siow Chen Pin (ADUN Chennah) dan YB Dato' Seri Utama Dr Rais b Yatim,Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Jelebu.

Persembahan kebudayaan

Cara membuat emping.YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri ,tidak ketinggalan mencuba menumbuk emping.

Cara untuk makan emping dengan mengaulkan emping dengan kelapa parut,gula merah dan sedikit garam.

Semoga pesta mengemping ini dapat diteruskan untuk masa akan datang supaya tidak akan dilupakan oleh generasi baru.Tak lapuk dek hujan ,tak lekang dek panas.