Wednesday, July 14, 2010

ADC KEBANGSAAN 2010

PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2010
13 JULAI 2010




Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga penduduk Kampung Gagu yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010.Tidak ketinggalan kepada RISDA Daerah dan Negeri,Penghulu Mukim Ulu Teriang ,Mohd Fouzi b Mohd Isa yang telah banyak menyumbang dan membantu JKKK Kg.Gagu dalam menjayakan ADC ini, termasuk juga agensi-agensi kerajaan lain ,turut turun padang menjayakan ADC ini.Terima kasih sekali lagi.Kita semua telah buat yang terbaik dan kita telah tunjukkan yang kita ni memang hebat.Semoga apa yang telah kita usahakan akan membuahkan hasil.Marilah sama-sama kita berdoa,moga kejayaan milik Kampung Gagu.A.M.I.N.

Terima kasih kepada panel-panel hakim yang arif lagi bijaksana ,yang telah sudi datang ke desa kami yang penuh adat dan tradisi untuk menghakimi desa kami dalam Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010 yang merupakan desa yang kesembilan dari empat belas desa yang masuk bertanding di seluruh negeri.

Semoga Kampung Gagu terbilang dikalangan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment