Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Monday, August 26, 2013

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN GAGU DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
 25 OGOS 2013





Tuesday, September 18, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KAMPUNG GAGU 2012

16 SEPTEMBER 2012/29 SYAWAL 1433H

Anjuran bersama JKKK Kg.Gagu,UMNO Cawangan ,Belia, Pemuda, Komuniti 1Malaysia dan Masjid Kariah Kampung Gagu.

Objektif:Untuk mengeratkan lagi ikatan siraturahim sesama warga penduduk Kampung Gagu.

 

Wednesday, August 15, 2012














Selamat Pulang Anak-anak Gagu Diperantauan...
Berhati-hati dijalan raya.Biar lambat asalkan selamat.

Monday, November 14, 2011

HARI RAYA AIDIL ADHA 1432H

IBADAH KORBAN
6 NOV 2011 / 10 Zulhijjah 1432h

Gambar sekitar ibadah korban yang dilakukan di Kampung Gagu.Sebanyak 8 ekor lembu telah di korbankan pada tahun ini.

Monday, August 29, 2011

RAYA DAN MERDEKA



Salam Aidilfitri 1432H dan Salam Kemerdekaan yang ke -54
-Tranformasi berjaya ,rakyat sejahtera.


Kepada seluruh muslimin dan muslimat serta rakyat Malaysia tak kira dimana jua berada.Selamat pulang anak-anak perantau ke desa dan berhati-hati dijalan raya.Selain itu,kita sebagai rakyat Malaysia, marilah kita mengibarkan Jalur Gemilang sebagai rasa cinta kita kepada negara sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-54.Semoga kesejateraan dan keamanan yang kita kecapi kini akan berkekalan.




*Saya mewakili warga JKKK Kg.Gagu,mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan kepada semua warga penduduk Kampung Gagu.Mohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang menjalankan tanggungjawab kami sebagai ahli JKKK.

Maaf Zahir dan Batin

Wednesday, September 8, 2010

RAYA

Kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat.

-Selamat pulang kepada anak desa yang diperantauan-


Friday, September 3, 2010

DUIT RAYA

PENYAMPAIAN DUIT RAYA KEPADA ANAK YATIM KAMPUNG GAGU
3 SEPTEMBER 2010

Dato' Siow Chen Pin, ADUN Chennah telah berbesar hati memberi sumbangan duit raya kepada 11 orang anak yatim di Kampung Gagu sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.Sumbangan ini telah disampaikan diBalai Raya Kampung Gagu.


Friday, December 11, 2009

HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H

IBADAH KORBAN
28 November 2009/11 zulhijjah 1430 H

Sebanyak 6 ekor lembu berjaya di tumbangkan hasil sumbangan individu Kampung Gagu.Turut menyumbang binatang korban ialah Ahli Parlimen Jelebu,YB datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.Seluruh lapisan masyarakat Kg.Gagu,turut turun padang membantu.

Penyembelihan sedang dilakukan


Aktiviti melapah daging korban
Daging korban dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung.

Sebahagiannya dimasak untuk dijamu kepada yang terlibat dengan gotong -royong penyembelihan ini.









Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN.

Friday, October 30, 2009

TM

TAKLIMAT KEPENTINGAN ICT DALAM KEHIDUPAN MASA KINI DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI KG.GAGU

18 OKTOBER 2009

Kampung Gagu dan Kampung Teriang telah mencatat sejarah apabila menjadi kampung pertama di negeri ini mempunyai sistem internet berkelajuan tinggi kerana TM N.Sembilan telah melancarkan sistem Internet berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai IPMSAL dengan kelajuan 4.0 megabait sesaat(MBPS).Ini adalah merupakan projek TM untuk merapatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.

Pn.Salmah Mohd Taufek,Pengurus Besar TM N.Sembilan dan En.Jalaludin Alias, Timbalan Ketua UMNO bahagian Jelebu turut hadir pada majlis tersebut.

TM N.Sembilan memberikan sedikit cenderahati kepada Pengerusi JKKK Kg.Gagu dan Kg.Teriang. Syarikat Buluh Runcing telah memberi sedikit sumbangan kepada 10 orang anak yatim dikampung Gagu .

Kaunter TM Point bergerak telah dibuka untuk penduduk kampung membayar bil dan mendapatkan maklumat mengenai TM.Talimat Kepentingan ICT dalam kehidupan masa kini telah disampaikan oleh Shahrudin Marzuki untuk memberi kefahaman kepada penduduk kampung terhadap ICT.Selain itu ,tetamu turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya dari DJ dan persembahan Ca'Lempong.



Thursday, October 8, 2009

ZECON

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
6 OKTOBER 2009
Anjuran Pejabat Daerah Jelebu dengan kerjasama ZECON Berhad dan JKKK Kg.Gagu selaku tuan rumah yang bertempat di Dewan Orang Ramai Kg.Gagu.



Kelihatan tetamu yang hadir menikmati hidangan yang disediakan secara buffet.



Tetamu yang hadir di majlis ini khasnya penduduk Kampung Gagu dan Kampung Sungai Legum.


Persempahan Ca'lempong dan Tari Piring dari Kesenian dan Kebudayaan Kg.Gagu turut dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.


Alunan lagu-lagu hari raya daripada DJ ,memeriahkan lagi majlis ini.


Tetamu-tetamu VIP bersama dengan Pengerusi JKKK Kg.Gagu.