Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, October 9, 2017

PESTA MENGEMPING DAN MENGOCA
9 SEPTEMBER 2017



          Alhamdulillah ,syukur ke hadrat ilahi program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya.Ini adalah merupakan program tertutup anjuran Ybgh.Tan Sri Dr Rais Yatim khas untuk Para pelajar UIA ,sahabat handai,badan-badan sukarelawan dan kaum keluarga beliau dalam, misi beliau memperkenalkan tradisi kedesaan muhibah dengan semangat gotong-royongnya dan acara serta aktiviti yang mengamit nostalgia ketika waktu dulu , masakan kampung yang enak untuk diperkenalkan kepada generasi ini supaya tidak hilang ditelan arus pemodenan dan dapat dikekalkan dan diwarisi hingga keakhir zaman.

Menu masakan kampung yang disediakan untuk tetamu adalah:

1.Gulai Jering dengan Ayam Kampung
2.Gulai Talipia bersama Machang
3.Ikan Talipia goreng bersama air asam
4.ulam ulaman
5.Air sirap.

       Sekalung ucapan terima kasih kepada barisan urusetia yang berganding bahu menjayakan pogram ini.Diharap tetamu yang hadir ke program ini ,mendapat pengalaman yang amat berharga.

Tuesday, May 23, 2017

Wednesday, May 17, 2017


Semua warga penduduk Kampung Gagu 
dijemput hadir memeriahkan Karnival Sukan Dalaman
 Kampung Gagu
 pada 20 Mei 2017 (Sabtu)



Tuesday, April 14, 2015

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN GAGU 2015

11 APRIL 2015

PERTANDINGAN MASAKAN TRADISI MINANG

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2014

 Ketibaan Dato' Jalaluddin bin Alias

 Melawat ke tempat pertandingan Masakan Tradisi Minang

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Persembahan Tari Piring


Randai

Minum Petang

Ucapan aluan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa Oleh En.Khairul Aznan

Ucapan Tan Sri Dr Rais bin Yatim ,selaku Ketua UMNO Cawangan dan Ucapan Perasmian oleh Dato ' Jalaluddin bin Alias

 Penyampaian Cenderahati Kepada dato' Jalaluddin bin Alias


 UMNO Cawangan Gagu bergambar bersama Dato' Jalaluddin bin Alias.

Persidangan UMNO Cawangan Gagu


Tuesday, January 13, 2015

SUKARELAWAN UMNO BAHAGIAN JELEBU KE PAHANG 

10 JANUARI 2015



Antara sukarelawan UMNO Daerah Jelebu yang pergi ke Pahang dalam misi membantu mangsa banjir di Pahang melakukan pembersihan.turut serta ketua Kampung Gagu,En.Mohd Saad bin Harun dan Ketua PEMUDA Kg.Gagu,saudara Danni Rais.

Saturday, October 18, 2014

JOM KESAWAH

18 OKTOBER 2014


 Pemandangan sawah daripada Warong Mak Mok

Ini adalah kawasan sawah yang dibina semula selepas lebih 40 tahun oleh YB Tan Dr Sri Rais Yatim mengamit nostalgia di sawah Kampung Gagu Tengah dan dengan misi memupuk semangat gotong -royong atau 'basarayo' dikalangan masyarakat supaya tidak hilang ditelan zaman dan dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang.

Saturday, August 30, 2014

KURSUS TAMADUN DAN BUDI 

30 OGOS 2014


                
Kursus Tamadun Dan Budi ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang merupakan Penasihat Sosio - Budaya Kerajaan Malaysia merangkap Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis,nyanyian Lagu Negaraku,Bacaan Doa yang dipimpin oleh saudara Mustaza Muswar ,ucaptama daripada YBhg Tan Sri dan seterusnya penyampaian bertajuk "Tamadun dan Budi" dan diakhiri dengan jamuan petang.

Ringkasan kursus

Dalam majlis ini beliau telah menerangkan apa yang dikatakan tamadun yang merupakan satu cara hidup yang tinggi ,asal usul  Tamadun Melayu di Nusantara ,kebesaran sesuatu bangsa yang merangkumi tulisan, agama dan budaya dan asas Tamadun Melayu  adalah BUDI - iaitu segala perbuatan yang menterjemahkan kasih sayang,hormat menghormati,beradap dan sentiasa prihatin terhadap sensiviti orang lain.

Tamadun Orang Melayu dan Minangkabau

Adat bersandar syarak
Syarak bersandar Kitabullah
Sayarak mengata
Adat mengikut
     
Adat sebenar adat
Adat yang diadatkan
Adat yang teradat
Adat Istiadat

Tagak rumah karano budi,
Rusak sandi sumah binaso,
Tagak bangsa karano budi,
Rusak budi bangsa binasa.

Pisau rauik bungkuek hulu,
Dibantang tilam tangah halaman,
Pisau jo lauik jadi guru,
Alam tabantang jadi padoman.

Kelok paku kacang balimbing,
Tudung saji hanyuik tarapung,
Anak dipangku kamanakan dibimbing,
Itulah cara hiduik dikampung

Karantau madang da hulu,
Di hujung babungo balun,
Karantau bujang dahulu,
Diakampung paguno balun.

Adat hidup di kampung

Dari taratak  manjadi dusun,
Dari dusun manjadi kampung,
Batapian basurau bamusajik,
Barumah gadang batungganai,
Batabuah larangan baroda bunyi,
Basalingka banagari basuku baparuik,
Bak sawah jo pamatangnyo
Bak durian jo ruangnyo,
Suku bapanghulu , paruik bamamak,
Adaik basandi ka nan bana,
Nan bana tagak sandirinyo.

Semoga peserta-peserta yang telah menghadiri kursus ini dapat sedikit sebanyak ilmu yang amat berharga ini supaya dapa mengenal diri dan ada perasaan untuk menwujudkan hak kita.

Monday, August 11, 2014

SANTAI AIDILFITRI 
10 ogos 2014


Anjuran PEMUDA dan NGO's Kampung Gagu


Thursday, May 15, 2014


PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO 
CAWANGAN GAGU

13 MEI 2014

Barisan Kepimpinan UMNO Cawangan Gagu

Monday, September 30, 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

28 SEPTEMBER 2013

Anjuran:Wanita UMNO Cawangan Gagu

Pencearamah telah disampaikan oleh ustazah yang didatangkan khas dari Ampang Kuala Lumpur

Ucapan alu-aluan daripada Ketua Wanita UMNO Cawangan Gagu,Puan Sri Masnah Mahmud.

 Peserta yang hadir Kursus Pengurusan Jenazah seramai 75 orang.

Ceramah mengenai adap-adap meziarahi orang sakit dan orang meninggal dunia.

Penerangan cara memandikan jenazah.

Cara pemotongan kain kafan

Cara mengkafankan jenazah.

Teori dan praktikal cara menyembahyangkan jenazah.


Bagi memastikan tanggungjawab fardhu kifayah ini dapat dilaksanakan mengikut kehemdak syariat Islam,maka setiap individu Islam wajib mempelajari kaifiat pengurusan jenazah agar dapat melaksanakan amal bakti terakhir kepada ahli keluarga khususnya dan masyarakat Islam amnya.

Monday, August 26, 2013

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN GAGU DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI
 25 OGOS 2013





Monday, August 5, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT KAMPUNG GAGU

1 OGOS 2013

Majlis dimulakan dengan penyampaian televisyen,bantuan hari raya kepada masyarakat Kampung Gagu, majlis berbuka puasa , Solat Maghrib, Solat Terawih , Solat Isyak dan diakhiri dengan moreh.

Monday, July 8, 2013

MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ
 4 JULAI 2013


Program ini bermula dengan Solat Maghrib berjemaah ,ceramah Israk dan Migraj.Solat Isyak berjemaah serta diakhiri dengan penyampaian sumbangan dan makan malam.

Friday, June 28, 2013

JAMUAN MAKAN TENGAHARI BERSAMA AHLI PARLIMEN JELEBU

 28 JUN 2013

Jamuan makan tengahari selepas solat Jumaat bersama Ahli Parlimen Jelebu,Yb Hj Zainudin bin Haji Ismail di rumah pengerusi JKKK Kg.Gagu,Mohd Saad bin Harun.Turut hadir ,Pengerusi JKKK Kg. Seperi,En.Ismail bin Abd Ghani.