KURSUS TAMADUN DAN BUDI
30 OGOS 2014
Kursus Tamadun Dan Budi ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang merupakan Penasihat Sosio - Budaya Kerajaan Malaysia merangkap Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis,nyanyian Lagu Negaraku,Bacaan Doa yang dipimpin oleh saudara Mustaza Muswar ,ucaptama daripada YBhg Tan Sri dan seterusnya penyampaian bertajuk "Tamadun dan Budi" dan diakhiri dengan jamuan petang.
Dalam majlis ini beliau telah menerangkan apa yang dikatakan tamadun yang merupakan satu cara hidup yang tinggi ,asal usul Tamadun Melayu di Nusantara ,kebesaran sesuatu bangsa yang merangkumi tulisan, agama dan budaya dan asas Tamadun Melayu adalah BUDI - iaitu segala perbuatan yang menterjemahkan kasih sayang,hormat menghormati,beradap dan sentiasa prihatin terhadap sensiviti orang lain.
Tamadun Orang Melayu dan Minangkabau
Adat bersandar syarak
Syarak bersandar Kitabullah
Sayarak mengata
Adat mengikut
Adat sebenar adat
Adat yang diadatkan
Adat yang teradat
Adat Istiadat
Tagak rumah karano budi,
Rusak sandi sumah binaso,
Tagak bangsa karano budi,
Rusak budi bangsa binasa.
Pisau rauik bungkuek hulu,
Dibantang tilam tangah halaman,
Pisau jo lauik jadi guru,
Alam tabantang jadi padoman.
Kelok paku kacang balimbing,
Tudung saji hanyuik tarapung,
Anak dipangku kamanakan dibimbing,
Itulah cara hiduik dikampung
Karantau madang da hulu,
Di hujung babungo balun,
Karantau bujang dahulu,
Diakampung paguno balun.
Adat hidup di kampung
Dari taratak manjadi dusun,
Dari dusun manjadi kampung,
Batapian basurau bamusajik,
Barumah gadang batungganai,
Batabuah larangan baroda bunyi,
Basalingka banagari basuku baparuik,
Bak sawah jo pamatangnyo
Bak durian jo ruangnyo,
Suku bapanghulu , paruik bamamak,
Adaik basandi ka nan bana,
Nan bana tagak sandirinyo.
Semoga peserta-peserta yang telah menghadiri kursus ini dapat sedikit sebanyak ilmu yang amat berharga ini supaya dapa mengenal diri dan ada perasaan untuk menwujudkan hak kita.
Nyanyian Lagu Negaraku
Sesi soal jawab
Sedikit ucapan daripada ketua PEMUDA
Minum petang
No comments:
Post a Comment