Thursday, November 19, 2009

SINAR

*PETIKAN DARIPADA AKHBAR SINAR 15 NOVEMBER 2009
KOMITMEN,KERJASAMA TUNJANG KEKUATAN

Pengerusi JKKK Kg.Gagu, En.Mohd Saad berkata"sekalipun pihak JKKK menetapkan visi,misi dan slogan bagi menentukan hala tuju pencapaian kampung,tanpa komitment dan kerjasama masyarakat kampung,adalah sukar di realisasikan.Gabungan antara barisan kepimpinan kampung,pemimpin setempat dan masyarakat pelbagai peringkat umur di sesebuah kampung itu sendiri, kunci kepada setiap kejayaan serta pencapaian aktiviti atau program yang dianjurkan".
Kampung Gagu adalah lokasi kelima yang menerima lawatan Panel hakim ADC peringkat Negeri Sembilan dimana lokasi pertama adalah di kampung Tengah (Tampin),kedua di Palong 5 (Jempol),ketiga di Kampung Telok Pelandok (Pord Dickson),keempat di Kampung Nyamor (Rembau),keenam di Kampung Tapak (Kuala Pilah) dan yang terakhir di Kampung Bukit Temiang (Seremban).