Panel-panel hakim bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan ahli jkkk Kg.Gagu selepas sesi penghakiman tamat.
Sesi pembentangan slaid profil kampung dan pertanyaan soalan daripada juri juri hakim.
Selesai sesi penghakiman,kini tibalah pula sesi lawatan ke tempat pameran.Antara agensi yang datang membuat pameran ialah,Jabatan Bomba,Agensi Dadah Kebangsaan(ADK),Kolej Komuniti Jelebu,TM dan Jabatan Pertanian.Selain itu,turut dipamerkan produk-produk yang terdapat di Kampung Gagu iaitu,mee kuning,ikan keli salai,Noor Jahar bakery iaitu produk roti dan kek,En.Ghazali juga turut membuat demontrasi menjahit kasut,ZNL SPA juga turut membuat promosi dan En.Romlie Mohidin (OKU) juga tidak ketinggalan mempamerkan produknya iaitu Heel Protector untuk kegunaan orang lumpuh dan koma.Produknya,dibekalkan kepada Hospital Daerah Jelebu dan dibayar secara kontrak.Kekurangan bukanlah penghalang untuk beliau menghasilkan sesuatu dan hidup seperti orang lain.Selain itu,panel-panel hakim turut dibawa melawat tapak projek dan Medan Infodesa.
*KOMITMENT DAN KERJASAMA DARI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT ADALAH TUNJANG KEKUATAN KAMPUNG GAGU.