PROGRAM ANAK ANGKAT UITM SHAH ALAM DI KG.GAGU
9-11 OKTOBER 2009
Ini adalah program anak angkat kali yang ke-enam di Kampung Gagu.Program kali ini disertai seramai 39 anak angkat bersama diiringi pensyarah mereka iaitu Pn.Norhayati dan ditempatkan kepada 22 keluarga angkat.Peserta program ini terdiri daripada pelajar jurusan Mass Com.Mereka selamat tiba di Kg.Gagu pada pukul 8.00 malam hari jumaat walaupun terlewat dari masa yang dijangka iaitu pukul 6.00 petang.
Ini adalah sebahagian aktiviti anak angkat bersama keluarga angkat masing-masing.Ada yang berpeluang melawat rumah Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim yang terletak di kampung ini,melawat Muzium Adat di Kuala Klawang yang memaparkan adat istiadat di Malaysia dan bermandi manda di air terjun Jeram Toi walaupun masa agak terhad kerana sebelah malamnya mereka ada aktiviti malam kebudayaan.
Anak angkat bersama keluarga angkat masing-masing bergotong -royong membuat lemang dan rendang di rumah pengerusi JKKK Kg.Gagu.Inilah pengalaman yang amat berharga kepada peserta.Dapat merasa suasana gotong-royong dikampung ,membuat lemang serta rendang minang.
Majlis penutup program anak angkat ini telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Ulu Teriang,En.Mohd Fozi b Mohd Isa setelah tiga hari peserta program berkampung di Kg.Gagu.Setiap anak angkat akan dibekalkan dengan lemang dan rendang yang telah dimasak secara gotong-royong tadi sebagai buah tangan.Semoga anak-anak angkat ini tidak melupakan terus keluarga angkat mereka di sini.Sehingga bertemu lagi.Bye..