Monday, April 23, 2018

PROGRAM MENGOCA DAN MENGEMPING

22 APRIL 2018

     Ini adalah program kali yang ke-6 yang telah dianjurkan oleh Ybhg Tan Sri Rais Yatim dalam memartabatkan warisan budaya supaya tidak hilang ditelan arus kemodenan dan dapat diwarisi kepada generasi seterusnya.Terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus demi menjayakan program ini.Terima kasih kepada Jabatan Pertanian kerana telah memberi mesin pelerai padi kepada pesawah Kampung Gagu.Terima kasih kepada JKKK Kampung Gagu yang telah menaja kek dan pulut kuning sempena sambutan hari lahir Ybgh.Tan Sri.
      Turut hadir pada program kali ini, ialah , Prof.Razak daripada Fakulti Senibina Universiti Islam Antarabangsa dan rakan-rakan Ybhg Tan Sri dan Puan Sri, pelajar-pelajar UIA , MCA dan MIC. Admin, mewakili masyarakat Kampung Gagu , mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Ybhg Tan Sri Rais Yatim yang ke-76 yang jatuh pada 15 April 2018 yang lalu.Semoga Tan Sri dipanjangkan usia , dimurahkan lagi rezeki ,diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T.Amin


Monday, April 16, 2018

 CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ

14 APRIL 2018


Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hashim bin Harun









GOTONG-ROYONG MEMASAK PADA SEBELAH PETANGNYA