Monday, December 14, 2009

TEATER

ROMBONGAN MENONTON TEATER NATRAH DI ISTANA BUDAYA
10DISEMBER 2009



SINOPSIS NATRAH

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang di serahkan oleh ibunya,Adeline dan neneknya,Nor Louise kepada Che Aminah untuk di pelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah di tawan tentera Jepun.Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh di bebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan bom atom oleh Amerika.Dia balik ke Bandung,Jawa untuk mencari anaknya Natrah.Natrah di temui oleh Arthur Locke ,Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Seklah Perempuan Melayu Chukai.Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihatSarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibubapa Natrah di Belanda.Che Aminah yang diwakili peguambela Encik ahmad Ibrahim,menang kes rayuannya dan Natrah di keluarkan daripada York Hill.Kerana takut peristiwa berulang Natrah di kahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En.M.A Majid di 139 ,Serabggoon Road ,Singapura.Ketika itu Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubunya besar.Usia Mansor Adabi pula 22 tahun.Dalam undang-undang Syariah Islam,perempuan berusia 13 tahun d benarkan berkahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda,seorang anak yang berusia 16 tahun kebawah,bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.



GOTONG-ROYONG

GOTONG- ROYONG PERDANA

8 DISEMBER 2009

Menanam pokok-pokok bunga dan mengindahkan lagi kawasan Kg.Gagu