Friday, October 30, 2009

TM

TAKLIMAT KEPENTINGAN ICT DALAM KEHIDUPAN MASA KINI DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI KG.GAGU

18 OKTOBER 2009

Kampung Gagu dan Kampung Teriang telah mencatat sejarah apabila menjadi kampung pertama di negeri ini mempunyai sistem internet berkelajuan tinggi kerana TM N.Sembilan telah melancarkan sistem Internet berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai IPMSAL dengan kelajuan 4.0 megabait sesaat(MBPS).Ini adalah merupakan projek TM untuk merapatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.

Pn.Salmah Mohd Taufek,Pengurus Besar TM N.Sembilan dan En.Jalaludin Alias, Timbalan Ketua UMNO bahagian Jelebu turut hadir pada majlis tersebut.

TM N.Sembilan memberikan sedikit cenderahati kepada Pengerusi JKKK Kg.Gagu dan Kg.Teriang. Syarikat Buluh Runcing telah memberi sedikit sumbangan kepada 10 orang anak yatim dikampung Gagu .

Kaunter TM Point bergerak telah dibuka untuk penduduk kampung membayar bil dan mendapatkan maklumat mengenai TM.Talimat Kepentingan ICT dalam kehidupan masa kini telah disampaikan oleh Shahrudin Marzuki untuk memberi kefahaman kepada penduduk kampung terhadap ICT.Selain itu ,tetamu turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya dari DJ dan persembahan Ca'Lempong.



Wednesday, October 28, 2009

UITM

PROGRAM ANAK ANGKAT UITM SHAH ALAM DI KG.GAGU

9-11 OKTOBER 2009

Ini adalah program anak angkat kali yang ke-enam di Kampung Gagu.Program kali ini disertai seramai 39 anak angkat bersama diiringi pensyarah mereka iaitu Pn.Norhayati dan ditempatkan kepada 22 keluarga angkat.Peserta program ini terdiri daripada pelajar jurusan Mass Com.Mereka selamat tiba di Kg.Gagu pada pukul 8.00 malam hari jumaat walaupun terlewat dari masa yang dijangka iaitu pukul 6.00 petang.

Ini adalah sebahagian aktiviti anak angkat bersama keluarga angkat masing-masing.Ada yang berpeluang melawat rumah Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim yang terletak di kampung ini,melawat Muzium Adat di Kuala Klawang yang memaparkan adat istiadat di Malaysia dan bermandi manda di air terjun Jeram Toi walaupun masa agak terhad kerana sebelah malamnya mereka ada aktiviti malam kebudayaan.

Anak angkat bersama keluarga angkat masing-masing bergotong -royong membuat lemang dan rendang di rumah pengerusi JKKK Kg.Gagu.Inilah pengalaman yang amat berharga kepada peserta.Dapat merasa suasana gotong-royong dikampung ,membuat lemang serta rendang minang.

Majlis penutup program anak angkat ini telah disempurnakan oleh Penghulu Mukim Ulu Teriang,En.Mohd Fozi b Mohd Isa setelah tiga hari peserta program berkampung di Kg.Gagu.Setiap anak angkat akan dibekalkan dengan lemang dan rendang yang telah dimasak secara gotong-royong tadi sebagai buah tangan.Semoga anak-anak angkat ini tidak melupakan terus keluarga angkat mereka di sini.Sehingga bertemu lagi.Bye..

Thursday, October 8, 2009

ZECON

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
6 OKTOBER 2009
Anjuran Pejabat Daerah Jelebu dengan kerjasama ZECON Berhad dan JKKK Kg.Gagu selaku tuan rumah yang bertempat di Dewan Orang Ramai Kg.Gagu.



Kelihatan tetamu yang hadir menikmati hidangan yang disediakan secara buffet.



Tetamu yang hadir di majlis ini khasnya penduduk Kampung Gagu dan Kampung Sungai Legum.


Persempahan Ca'lempong dan Tari Piring dari Kesenian dan Kebudayaan Kg.Gagu turut dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.


Alunan lagu-lagu hari raya daripada DJ ,memeriahkan lagi majlis ini.


Tetamu-tetamu VIP bersama dengan Pengerusi JKKK Kg.Gagu.

Wednesday, October 7, 2009

MESYUARAT

PEJABAT DAERAH JELEBU
(MESYUARAT BERSAMA JKKK KAMPUNG GAGU,KAMPUNG TERIANG DAN KAMPUNG BARU PETALING)
6 OCTOBER 2009

Objektif :-Penerangan mengenai Projek Skim Bekalan Air Teriang.
Tempat:-Balai Raya Kg.Gagu.
Turut Hadir :- Pegawai Pejabat Daerah Jelebu
Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS)
ZECON Berhad
JKKK Kg Gagu
JKKK Kg.Teriang
JKKK Kg.Baru Petaling


Penerangan yang dibuat Oleh En.Abd Bakar (Projek Konsultan) tentang pembinaan empangan , untuk memberi kefahaman kepada penduduk.


Dari Kiri:En Yaakob(Pengerusi JKKK Kg Teriang),Tn Hj Abdul Latif (Kg.Gagu),En Saad (Pengerusi JKKK Kg.Gagu),Wakil JPS,En Syawal (Pejabat Daerah),En Nizam (Pejabat Daerah) dan En Suhaimi (ZECON).


Peserta yang turut hadir, terdiri daripada ahli JKKK daripada tiga kampung yang terlibat dengan banjir lumpur.