Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Monday, July 19, 2021

SUMBANGAN 2.0

 SUMBANGAN 2.0 MASJID & MPKK KG.GAGU

18 JULAI 2021

Masjid Kariah Kg.Gagu dan MPKK Kg.Gagu telah memberikan sumbangan merupakan barangan keperluan asas kepada 100 buah rumah di Kampung Gagu sempena Hari Raya Aidiladha.Ini adalah sumbangan Masjid & MPKK untuk kali yang ke-2 sempanjang pandemik ini.Semoga dengan sumbagan ini dapat meringgankan sedikit beban warga penduduk Kampung Gagu.Terima kasih kepada Masjid Kariah Kg.Gagu & MPKK Kg.Gagu diatas usaha murni ini.








 

Tuesday, January 5, 2021

 KELAS TAKMIR

            4 JANUARI 2021


Kelas Takmir ini diadakan setiap minggu di Masjid Kariah Kampung Gagu secara bergilir-gilir dengan setiap penceramah yang dijemput.Pada minggu ini Kelas Takmir disampaikan oleh Cikgu Zul.Semoga dengan adanya majlis ilmu ini dapat meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada pencipta.

Tuesday, November 10, 2020

GOTONG-ROYONG DAN LAWATAN DARIPADA MPKK KAMPUNG CHENNAH

8 NOVEMBER 2020



Pada hari ini , telah diadakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan Dataran Kampung Gagu sebelum PKPB bermula.Terima kasih kepada ahli MPKK Kampung Chennah yang turut serta dalam gotong -royong ini bersama masyarakat Kampung Gagu sebelum mereka dibawa melawat.Program ini adalah timbal balas daripada kunjungan Ahli MPKK Kg.Gagu ke Kampung Chennah.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Semoga hubungan silaturahim antara Chennah dan Gagu bertambah erat.

Friday, June 19, 2020



SOLAT JUMAAT 

19 JUN 2020



Solat Jumaat pertama hari ini di Kampung Gagu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac 2020 yang lalu.Solat Jumaat kali ini dilakukan dalam norma baharu untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Seramai 27 orang jemaah telah hadir ke masjid.

Monday, March 23, 2020

BANTUAN COVID-19

MAC 2020


MPKK Gagu dan Masjid Kariah Kg.Gagu telah memberikan bantuan yang merupakan makanan kering kepada masyarakat Kampung Gagu yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020. Terdapat juga orang perseorangan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan yang merupakan barangan basah kepada keluarga yang memerlukan dan terputus bekalan makanan.Terima kasih diucapkan. Moga mereka dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.amin.

















Thursday, August 15, 2019

IBADAH KORBAN

11 Ogos 2019

Sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan pada Aidiladha kali ini.







Thursday, April 4, 2019

PROGRAM ISRAK MIKRAJ

3 APRIL 2019


 Ceramah Israk Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Zorkarnain bin Ujang selepas solat Maghrib.

Monday, February 25, 2019


Aktiviti Surau Kampung sungai Legum setiap Isnin dan Rabu.





GOTONG-ROYONG

24 Februari 2019

Telah diadakan program gotong royong membersihkan pusara dan kawasan di sekitar padang serta mengecat batu-batu dan tembok di kawasan padang. Seramai 5 orang angota PDRM telah turut serta dalam gotong-royong tersebut.











Thursday, February 7, 2019

TAZKIRAH

6 FEBRUARI 2019

Tazkirah ini diadakan bagi mengisi ruang antara Solat Maghrib dan Isyak telah disampaikan oleh Hj Sidek bin Sikin.













KELAS TAKMIR 

2 FEBRUARI 2019

Kelas Takmir di Masjid Kariah Kampung Gagu diadakan setiap hari Sabtu oleh Ustaz Mohd Farid bin Mohd Saad.




Friday, February 1, 2019



Untuk makluman warga Kampung Gagu , Kelas Takmir akan diadakan seperti biasa pada ketetapan berikut:

 TARIKH: 2 FEB 2019
MASA: LEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT:MASJID KARIAH KAMPUNG GAGU



MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT

31 JANUARI 2019

Aturcara majlis.

7.00  mlm : ketibaan tetamu.
7.25 mlm  : Maghrib brjemaah.
7.45 mlm  :Bacaan yassin,tahlil
                 :Doa selamat dan kesyukuran.
8.40 mlm  :Isyak brjemaah.
9.00 mlm  : Jamuan makan / Bersurai.

















Terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis ini.