Tuesday, November 10, 2020

GOTONG-ROYONG DAN LAWATAN DARIPADA MPKK KAMPUNG CHENNAH

8 NOVEMBER 2020



Pada hari ini , telah diadakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan Dataran Kampung Gagu sebelum PKPB bermula.Terima kasih kepada ahli MPKK Kampung Chennah yang turut serta dalam gotong -royong ini bersama masyarakat Kampung Gagu sebelum mereka dibawa melawat.Program ini adalah timbal balas daripada kunjungan Ahli MPKK Kg.Gagu ke Kampung Chennah.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Semoga hubungan silaturahim antara Chennah dan Gagu bertambah erat.


Minum pagi di Masjid Kariah Kampung Gagu sebelum aktiviti gotong-royong bermula.


1.GOTONG -ROYONG




2.LAWATAN KE RUMAH 6

Rumah enam ini adalah rumah yang diwakafkan oleh Ybhg.Tan Sri Dr Rais Yatim kepada yang terpilih.Konsep pembinaan rumah ini adalah secara gotong-royong sesama mereka , yang mana dana disumbangkan oleh Ybhg Tan Sri sebanyak RM26,000.00 untuk sebuah rumah dengan syarat mesti terlibat dalam semua aktiviti kemasyarakatan.

Pengerusi MPKK Kg.Gagu memberi penerangan berkenaan rumah enam ini.

Bergambar kenangan bersama tuan rumah


3.LAWATAN KE PUSAT BUDAYA KAMPUNG GAGU

    Pengerusi MPKK Kg.Gagu , En.Mohd Azman Sawir memberi penerangan serba sedikit mengenai Rumah Gadang Budi.

Melawat ke Rumah Gadang Budi



4.MAKAN TENGAHARI DI LAPAU MAK MOK




5.PEMBERIAN CENDERAHATI



Pengerusi MPKK kg.Gagu memberi buah tangan kepada ahli-ahli MPKK Kg.Chennah.


Admin , mewakili masyarakat Kampung Gagu menyusun jari memohon ampun dan maaf andai ada terkurang dimana-mana , terlanjak bicara dalam kunjungan kalian ke Kampung Gagu.

Kalau ada sumur diladang,

Boleh kami menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

 

No comments:

Post a Comment