Tuesday, November 3, 2020

KUNJUNGAN HORMAT KE MPKK KG.CHENNAH

31 OKTOBER 2020

 

 

    Seramai 9 orang ahli MPKK Kg.Gagu telah berkunjung ke Kampung Chennah.Ini adalah hubungan dua hala antara MPKK Kg.Gagu dan Kg.Chennah dalam misi memajukan dan menambah baik kampung masing-masing disamping dapat bertukar-tukar idea dan mungkin boleh diaplikasikan di Kampung Gagu.Terima kasih kepada Pengerusi Kampung Chennah , En.Rosmadi yang sudi menerima kunjungan kami dan belanja minum pagi dan makan tengahari serta diberi buah tangan yang merupakan produk pertanian Chennah iaitu  Cendawan Tiram.



 PRODUK KAMPUNG CHENNAH


1.Bendera Terpanjang

       Bendera Malaysia yang diperbuat daripada buluh dan yang terpanjang di Malaysia dan telah  dimasukkan dalam Guinnes Book Of Records.


2.Cendawan Tiram

Pengerusi MPKK Kg.Chennah memberi penerangan serba sedikit mengenai penanaman Cendawan Tiram.

3.Kebun Mini 

Kebun Mini Puan Rohana.


Kebun Mini , ibu kepada setiausaha MPKK Kg.Chennah

Setiap penduduk digalakkan menanam sayur-sayuran di kawasan rumah untuk mengurangkan kos perbelanjaan dapur , memandangkan wabak pandemik Covid-19 melanda negara kita dan ada penduduk yang terjejas dari segi pendapatan.


AZOLLA


Gambar dari ehsan Google yang telah dibesarkan.

Admin agak tertarik dan pertama kali berjumpa dengan tumbuhan ini,yang dinamakan Azolla yang merupakan tumbuhan aquatik dari kumpulan keluarga Azollaceae yang hidup terapung di permukaan air.Tumbuhan ini adalah merupakan alternatif bahan makanan kepada ternakan dan ternakan air.Selain itu ianya juga digunakan untuk dibuat baja.Kelebihan tumbuhan ini sebagai bahan makanan ternakan adalah , ianya ,mengandungi zat makanan serta protein yang jauh lebih tinggi berbanding jagung dan dedak. Yang ini , dikategorikan sebagai Azolla Pinnata , yang banyak tumbuh di Asia Tenggara. Antara nama lain bagi Azolla Pinnata adalah termasuk mosquitofern, mosquitofern berbulu dan beludru air.


INFO:

Azolla

  • Sejenis tumbuhan hijau dari keluarga Azollaceae iaitu tumbuhan akuatik yang hidup terapung di permukaan air.
  • Terdapat 7 jenis Azolla yang dibahagi kepada tiga kategori kawasan iaitu Asia, Afrika dan Amerika
  • Azolla Asia - azolla japonica, azolla filliculoides dan azolla pinnata
  • Azolla Afrika - azolla nilotica
  • Azolla Amerika - azolla caroliniana, azolla mexicana dan azolla microphylla
  • Azolla jenis pinnata banyak tumbuh sendiri di kawasan Asia Tenggara
      Sumber : Google

4.Taman Mini Pn.Rohana



Langskap laman mini Puan Rohana yang memenangi pertandingan laman tercantik beberapa tahun berturut-turut.

Melawat ke rumah Pn.Rohana

Cenderahati daripada Puan Rohana yang mana replika cendawan ini dibuat oleh beliau dan suami.

5.Kem Bukit Perjuangan


Kem Bukit Perjuangan atau dahulunya dikenali sebagai Kem Rumah Bukit, Chalin dimiliki sepenuhnya oleh Bukit Perjuangan Enterprise yang diuruskan oleh En. Rosmadi Bin Ariff. Pada asalnya, masyarakat sekitar mengenali tempat ini dengan nama Dusun Bakhil, Kem Bukit Chalin dan Kem Rumah Bukit sebelum ianya ditukar kepada Kem Bukit Perjuangan. Pada pemulaannya, kawasan ini hanyalah merupakan kawasan penternakan kambing dan juga tempat berkumpul kaum keluarga ketika musim cuti persekolahan dan juga musim buah. Beberapa pandangan telah dilontarkan agar kawasan ini dibuka kepada orang lain yang berminat untuk mengalami pengalaman perkhemahan. Oleh sebab itulah, tempat yang asalnya kandang kambing ini dinaiktaraf dengan beberapa kemudahan dan seterusnya dijadikan sebagai salah satu tempat pilihan untuk aktiviti rekreasi. Secara tidak langsung, masyarakat dapat mengalami sendiri suatu pengalaman yang berbeza semasa berada disini.
Kem Bukit Perjuangan menyediakan kemudahan:
  • 4 Buah Chalet
  • 1 Dewan Terbuka
  • Tapak Perkheman
  • Tandas Awam
  • Pengangkutan
Dari segi aktiviti pula, para pengunjung boleh memilih sama ada untuk melakukan aktiviti darat atau air. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah :

  • Bermain Pelampong(Tubing)
  • Berakit(Rafting)
  • Berkayak(Canoe)
  • Jungle Trekking ke Air Panas
  • Mendaki Gunung Besar Hantu
  • Eksplorasi Gua
  • Ikhtiar Hidup(Survivor)
  • Melawat Air Terjun Lata Kijang
  • Bersama Masyarakat Orang Asli
  • BBQ, Unggun api & lain-lain aktiviti yang bersesuaian
Makluman lanjut boleh hubungi :
Alamat lokasi :
Kem Bukit Perjuangan Kampung Chalin,
71650 Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan

Ditepi jalan , sebelum masuk ke Kem Bukit Perjuangan , dapat dilihat tiang-tiang batu , yang merupakan bekas tapak rumah Undang Dolah.

6.Gotong - royong

Sambil membuat lawatan , AJK MPKK Gagu , juga membuat kerja amal dengan membuat gotong-royong bersama MPKK Chennah.Program ini akan ada timbal balas abila mereka berkunjung ke Kampung Gagu.Selain itu dapat mengeratkan hubungan antara MPKK.



Mungkin ada yang terntanya-tanya kenapa ada tanggan disini.Seperti juga admin mula-mula sampai di Kampung Chennah.Menurut Pengerusi MPKK Kg.Chennah , tangga itu telah pun berusia 100 tahun yang diambil dari sebuah rumah yang telah pun musnah.Disitu nanti akan dibuat langskap dan dijadikan tempat wayang pacak.   



7.Pemberian Buah Tangan




No comments:

Post a Comment