Tuesday, November 10, 2020

GOTONG-ROYONG DAN LAWATAN DARIPADA MPKK KAMPUNG CHENNAH

8 NOVEMBER 2020



Pada hari ini , telah diadakan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan dan Dataran Kampung Gagu sebelum PKPB bermula.Terima kasih kepada ahli MPKK Kampung Chennah yang turut serta dalam gotong -royong ini bersama masyarakat Kampung Gagu sebelum mereka dibawa melawat.Program ini adalah timbal balas daripada kunjungan Ahli MPKK Kg.Gagu ke Kampung Chennah.Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Semoga hubungan silaturahim antara Chennah dan Gagu bertambah erat.

Tuesday, November 3, 2020

KUNJUNGAN HORMAT KE MPKK KG.CHENNAH

31 OKTOBER 2020

 

 

    Seramai 9 orang ahli MPKK Kg.Gagu telah berkunjung ke Kampung Chennah.Ini adalah hubungan dua hala antara MPKK Kg.Gagu dan Kg.Chennah dalam misi memajukan dan menambah baik kampung masing-masing disamping dapat bertukar-tukar idea dan mungkin boleh diaplikasikan di Kampung Gagu.Terima kasih kepada Pengerusi Kampung Chennah , En.Rosmadi yang sudi menerima kunjungan kami dan belanja minum pagi dan makan tengahari serta diberi buah tangan yang merupakan produk pertanian Chennah iaitu  Cendawan Tiram.