Showing posts with label Kesihatan dan kebersihan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan dan kebersihan. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

GOTONG ROYONG

GOTONG ROYONG PERDANA
10 JUN 2010



Sesi taklimat kepada peserta gotong-royong yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, Ng0's, penduduk kampung berhampiran dan penduduk Kampung gagu itu sendiri ,mengenai kawasan mana yang patut dibersihkan.

Sesi menandatangani kain rentang sebelum memulakan gotong-royong sebagai bukti kehadiran dan sokongan kepada Kampung Gagu sempena Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010.

Kain rentang yang telah ditanda tangani

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah turut serta dalam menjayakan program gotong -royong Perdana ini sempena Anugerah desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010.

Saturday, February 20, 2010

DENGGI

PROGRAM KESIHATAN
20 FEBUARI 2010

Program ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya demam Denggi dan langkah-langkah pencegahan.Selain itu turut diadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan.

Taklimat telah disampaikan oleh En Mohd Nawi b Jumaat dari Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu


Nyamuk Aedes boleh dikenali melalui belang hitam dan putih di badan dan kakinya.Terdapat dua jenis nymuk Aedes iaitu Aegypti dan Albopictus.

Ini adalah merupakan kitaran hidup nyamuk Aedes.3/4 atau 75 % kitaran nyamuk Aedes berada didalam air.Dari telur hingga dewasa mengambil masa 7 hingga 10 hari.


Tanda-tanda pesakit yang diserang demam denggi.Selain itu pesakit juga akan mengalami pendarahan dalaman seperti jantung,paru-paru,hati dan otak.Penyakit ini boleh membawa maut kepada penghidapnya.


Tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamuk Aedes.Oleh itu marilah kita membersihkan tempat-tempat yang boleh menakung air.

CARA-CARA PENCEGAHAN
Memusnahkan vektor adalah langkah yang utama.
  1. Mengawal dan membersihkan persekitaran dan tempat-tempat yang boleh berlakunya pembiakan nyamuk.
  2. Mengunakan racun aerosol dan semburan kabus(fogging).Dalam semburan kabus ini,masyarakat haruslah memberi kerjasama membenarkan petugas menyembur didalam rumah.
  3. Memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% SG (1 sudu=10 gm untuk 20 gelen air) kedalam bekas tadahan air.
ANDA BOLEH DI KOMPAUN SEKIRANYA MEMBIARKAN NYAMUK AEDES MEMBIAK SERTA MERTA TIDAK MELEBIHI RM500.00 DIBAWAH SEKYEN 25 AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 (PINDAAN 2000)
Jika gagal membayar kompaun,boleh didenda di mahkamah.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Sumber Jabatan Kesihatan