Saturday, August 30, 2014

KURSUS TAMADUN DAN BUDI 

30 OGOS 2014


                
Kursus Tamadun Dan Budi ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang merupakan Penasihat Sosio - Budaya Kerajaan Malaysia merangkap Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis,nyanyian Lagu Negaraku,Bacaan Doa yang dipimpin oleh saudara Mustaza Muswar ,ucaptama daripada YBhg Tan Sri dan seterusnya penyampaian bertajuk "Tamadun dan Budi" dan diakhiri dengan jamuan petang.

Ringkasan kursus

Dalam majlis ini beliau telah menerangkan apa yang dikatakan tamadun yang merupakan satu cara hidup yang tinggi ,asal usul  Tamadun Melayu di Nusantara ,kebesaran sesuatu bangsa yang merangkumi tulisan, agama dan budaya dan asas Tamadun Melayu  adalah BUDI - iaitu segala perbuatan yang menterjemahkan kasih sayang,hormat menghormati,beradap dan sentiasa prihatin terhadap sensiviti orang lain.

Tamadun Orang Melayu dan Minangkabau

Adat bersandar syarak
Syarak bersandar Kitabullah
Sayarak mengata
Adat mengikut
     
Adat sebenar adat
Adat yang diadatkan
Adat yang teradat
Adat Istiadat

Tagak rumah karano budi,
Rusak sandi sumah binaso,
Tagak bangsa karano budi,
Rusak budi bangsa binasa.

Pisau rauik bungkuek hulu,
Dibantang tilam tangah halaman,
Pisau jo lauik jadi guru,
Alam tabantang jadi padoman.

Kelok paku kacang balimbing,
Tudung saji hanyuik tarapung,
Anak dipangku kamanakan dibimbing,
Itulah cara hiduik dikampung

Karantau madang da hulu,
Di hujung babungo balun,
Karantau bujang dahulu,
Diakampung paguno balun.

Adat hidup di kampung

Dari taratak  manjadi dusun,
Dari dusun manjadi kampung,
Batapian basurau bamusajik,
Barumah gadang batungganai,
Batabuah larangan baroda bunyi,
Basalingka banagari basuku baparuik,
Bak sawah jo pamatangnyo
Bak durian jo ruangnyo,
Suku bapanghulu , paruik bamamak,
Adaik basandi ka nan bana,
Nan bana tagak sandirinyo.

Semoga peserta-peserta yang telah menghadiri kursus ini dapat sedikit sebanyak ilmu yang amat berharga ini supaya dapa mengenal diri dan ada perasaan untuk menwujudkan hak kita.

Monday, August 25, 2014

LAGU TEMA KEMERDEKAAN NEGARA 57.
Disini Lahirnya Sebuah Cinta.....
 


Friday, August 15, 2014


 SAMBUTAN KESEDARAN KANSER MULUT DAN JAMUAN SANTAI AIDILFITRI

14 OGOS 2014

 Anjuran bersama Pejabat Pergigian Daerah Jelebu dan Mini RTC Gagu



Ceramah tentang kanser Mulut telah disampaikan oleh Dr Aniza.Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang program ini ,ialah pemeriksaan gigi dan mulut,pameran,demontrasi mengosok gigi,latihan menggosok gigi untuk kanak-kanak,kuiz,cabutan duit raya  dan jamuan hari raya.

Terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan.



Klik disini untuk gambar .

Monday, August 11, 2014

SANTAI AIDILFITRI 
10 ogos 2014


Anjuran PEMUDA dan NGO's Kampung Gagu