Sunday, December 21, 2014


KARNIVAL DIGITAL MALAYSIA BERSAMA KOMUNITI @ MINI RTC GAGU

20-21 DISEMBER 2014


Part 1 : 20 Disember 2014
Klik disini untuk melihat gambar 

Part 2:21 Disember 2014

Klik disini untuk melihat gambar



Sekalung penghargaan terima kasih daripada pihak pengurusan Mini RTC Gagu  kepada semua yang telah terlibat dan bertugkus lumus menjayakan karnival ini .Jasa baik dan bantuan  tuan / puan amat kami hargai.Terima kasih juga kepada YB Dato'Yunus Rahmat yang sudi merasmikan majlis penutup karnival ini.

 




Tuesday, December 16, 2014

Dijemput beramai-ramai memeriahkan Karnival Digital Malaysia bersama Komuniti @ Mini RTC Gagu.


Sunday, December 7, 2014

KENDURI KAMPUNG
7 DISEMBER 2014

Inilah video sekitar Program Kenduri Kampung yang telah diadakan.

Saturday, November 1, 2014

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL
1 NOVEMBER 2014


 
Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil untuk arwah bonda kepada Datin Sri Masnah, iaitu Hjh Halimah binti Hj Nor yang telah kembali ke Rahmatullah diusia 78 tahun pada  23 Oktober 2014.Majlis bacaan Yasin dan Tahlil telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Soki.

Saturday, October 18, 2014

JOM KESAWAH

18 OKTOBER 2014


 Pemandangan sawah daripada Warong Mak Mok

Ini adalah kawasan sawah yang dibina semula selepas lebih 40 tahun oleh YB Tan Dr Sri Rais Yatim mengamit nostalgia di sawah Kampung Gagu Tengah dan dengan misi memupuk semangat gotong -royong atau 'basarayo' dikalangan masyarakat supaya tidak hilang ditelan zaman dan dapat diwarisi kepada generasi yang akan datang.

Saturday, August 30, 2014

KURSUS TAMADUN DAN BUDI 

30 OGOS 2014


                
Kursus Tamadun Dan Budi ini telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim yang merupakan Penasihat Sosio - Budaya Kerajaan Malaysia merangkap Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis,nyanyian Lagu Negaraku,Bacaan Doa yang dipimpin oleh saudara Mustaza Muswar ,ucaptama daripada YBhg Tan Sri dan seterusnya penyampaian bertajuk "Tamadun dan Budi" dan diakhiri dengan jamuan petang.

Ringkasan kursus

Dalam majlis ini beliau telah menerangkan apa yang dikatakan tamadun yang merupakan satu cara hidup yang tinggi ,asal usul  Tamadun Melayu di Nusantara ,kebesaran sesuatu bangsa yang merangkumi tulisan, agama dan budaya dan asas Tamadun Melayu  adalah BUDI - iaitu segala perbuatan yang menterjemahkan kasih sayang,hormat menghormati,beradap dan sentiasa prihatin terhadap sensiviti orang lain.

Tamadun Orang Melayu dan Minangkabau

Adat bersandar syarak
Syarak bersandar Kitabullah
Sayarak mengata
Adat mengikut
     
Adat sebenar adat
Adat yang diadatkan
Adat yang teradat
Adat Istiadat

Tagak rumah karano budi,
Rusak sandi sumah binaso,
Tagak bangsa karano budi,
Rusak budi bangsa binasa.

Pisau rauik bungkuek hulu,
Dibantang tilam tangah halaman,
Pisau jo lauik jadi guru,
Alam tabantang jadi padoman.

Kelok paku kacang balimbing,
Tudung saji hanyuik tarapung,
Anak dipangku kamanakan dibimbing,
Itulah cara hiduik dikampung

Karantau madang da hulu,
Di hujung babungo balun,
Karantau bujang dahulu,
Diakampung paguno balun.

Adat hidup di kampung

Dari taratak  manjadi dusun,
Dari dusun manjadi kampung,
Batapian basurau bamusajik,
Barumah gadang batungganai,
Batabuah larangan baroda bunyi,
Basalingka banagari basuku baparuik,
Bak sawah jo pamatangnyo
Bak durian jo ruangnyo,
Suku bapanghulu , paruik bamamak,
Adaik basandi ka nan bana,
Nan bana tagak sandirinyo.

Semoga peserta-peserta yang telah menghadiri kursus ini dapat sedikit sebanyak ilmu yang amat berharga ini supaya dapa mengenal diri dan ada perasaan untuk menwujudkan hak kita.

Monday, August 25, 2014

LAGU TEMA KEMERDEKAAN NEGARA 57.
Disini Lahirnya Sebuah Cinta.....
 


Friday, August 15, 2014


 SAMBUTAN KESEDARAN KANSER MULUT DAN JAMUAN SANTAI AIDILFITRI

14 OGOS 2014

 Anjuran bersama Pejabat Pergigian Daerah Jelebu dan Mini RTC Gagu



Ceramah tentang kanser Mulut telah disampaikan oleh Dr Aniza.Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang program ini ,ialah pemeriksaan gigi dan mulut,pameran,demontrasi mengosok gigi,latihan menggosok gigi untuk kanak-kanak,kuiz,cabutan duit raya  dan jamuan hari raya.

Terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan.



Klik disini untuk gambar .

Monday, August 11, 2014

SANTAI AIDILFITRI 
10 ogos 2014


Anjuran PEMUDA dan NGO's Kampung Gagu


Wednesday, July 23, 2014

JOM BERSIHKAN KUBUR

22 JULAI 2014

8.30 pagi - 10.30 pagi

 
 
 
 
 

Tuesday, July 8, 2014

MAJLIS BACAAN YASIN,TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA RAMADHAN

28 JUN 2014

Monday, June 16, 2014

GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID DAN KUBUR

15 JUN 2014


 


Monday, June 2, 2014



CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ
1 JUN 2014

Ceramah Israk dan Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Halil Hamidun ,Imam Masjid Jamek Simpang Durian. Majlis telah dimulakan selepas Solat Maghrib

Gotong -royong memasak pada sebelah petangnya

Thursday, May 15, 2014


PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO 
CAWANGAN GAGU

13 MEI 2014

Barisan Kepimpinan UMNO Cawangan Gagu

Wednesday, April 30, 2014


 LAWATAN DARIPADA PENGAJAR KURSUS 'COMMUNITY GARDEN'
23 APRIL 2014



En.Hud , En.Kamal dan bekas Pengarah MARA Sabah telah datang ke Kampung Gagu sekali lagi melihat hasil baja oragnik yang dibuat oleh peserta dan juga melihat taman dapur beberapa orang peserta yang berkesempatan meluangkan masa bersama mereka ketika itu.Mereka berharap perserta dapat mempraktik apa yang diajar dan menghasilkan bahan makanan yang bebebas bahan kimia demi kesejahteraan hidup.Semasa lawatan ini ,En.Kamal sempat berkongsi beberapa petua kesihatan dengan mengunakan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat disekeliling.

 Klik untuk melihat gambar


MAJLIS DOA SELAMAT ,BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN
 YBHG TAN SRI DR RAIS YATIM

14 APRIL 2014

                                                                             Bacaan Yasin

Memotong kek hari lahir

Friday, March 14, 2014


KURSUS 'COMMUNITY GARDEN'

12 dan 13 Mac 2014


Kursus 'Community Garden' dianjurkan oleh Felcra FTC dengan kerjasama Mini RTC Gagu.Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus ini dan tenaga pengajarnya  ialah En.Ahmad Kamal bin Mohd Ali dan En.Hud Hj Sulaiman daripada Malaysian Institut Of Sustainable Agriculture (MISA). Dalam kursus ini , peserta akan diajar menggunakan sisa-sisa buangan untuk dikitar menjadi baja organik untuk tanaman demi menghasilkan tanaman makanan yang sihat dan zero bahan kimia dan menjamin masyarakat yang lebih sihat sejahtera.Didalam kursus ini ,peserta digalakkan mewujudkan taman dapur sendiri dirumah.Secara tidak langsung dapat menjimatkan kos keperluan hidup.Tahniah kepada peserta yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya Terima Kasih kepada penganjur dan tenaga pengajar yang telah mencurahkan ilmu yang sangat bermanfaat kepada peserta kursus. Diharap peserta dapat memanfaatkan segala ilmu yang diberi untuk menjadi petani organik.klik sini untuk gambar