Wednesday, February 3, 2010

MESYUARAT ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN BIL 01/2010

2 Februari 2010

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn Zulkefli b Baharan (Pegawai Daerah Jelebu).Mesyuarat ini adalah mengenai agenda persiapan Kg.Gagu ke ADC peringkat Kebangsaan bersama jabatan-jabatan kerajaan,JKKK Kg.Gagu dan NGO's serta ulasan mengenai ADC peringkat negeri yang lepas mengenai kelemhan-kelemahan yang perlu di perbaiki dan data-data yang perlu di tambah.Antara jabatan kerajaan yang turut hadir dalam mesyuarat ini adalah KEMAS,RISDA,MARA Jabatan kesihatan dan Jabatan Agama Islam.Selain itu ,turut hadir,penghulu mukim Ulu Teriang,En Mohd Fouzi b Mohd Isa,nazir masjid Kg.Gagu,wanita Umno cawangan ,pengusaha-pengusaha IKS Kampung Gagu.

*Semoga dengan kerjasama yang jitu dari semua pihak serta semua lapisan masyarakat bergabung tenaga,dapatlah Kg.Gagu menghadapi ADC kebangsaan 2010 dengan jayanya.Marilah kita bersama-sama menjayakan ADC Kebangsaan ini.

INGATLAH...TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU.

-Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat-