Tuesday, December 14, 2010

PELAJAR CEMERLANG

MAJLIS KESYUKURAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG KG.GAGU,KG.TERIANG DAN PETALING.

6 DISEMBER 2010

Sumbangan telah disampaikan oleh YB Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim dan isteri kepada pelajar cemerlang ditiga buah kampung berhampiran iaitu Kampung Gagu,Kampung Teriang dan Kampung Petaling.Selain itu turut diadakan majlis kesyukuran Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan kerana Kampung Gagu telah berjaya membawa pulang salah satu hadiah dalam tujuh aspek yang dipertandingkan dalam ADC iaitu aspek kebersihan dan kesihatan berjumlah RM60,000.00.Ini adalah julung-julung kalinya Kampung Gagu berjaya menjejak kaki ke peringkat kebangsaan.