Showing posts with label Anak angkat. Show all posts
Showing posts with label Anak angkat. Show all posts

Friday, February 9, 2018

PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT MUKIM ULU TERIANG

1 FEBRUARI 2018


Seramai 159 pelajar dari Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6.Program ini bertujuan agar pelajar dapat merasai sendiri kehidupan sebenar di kampung.Pengalaman ini amat penting untuk Kem Pewaris Muda  dan Silang Budaya yang telah dirancang oleh pihak sekolah tersebut.Secara tidak langsung dapat mendidik mereka kearah sikap yang bertanggungjawab kepada masyarakat , menanamkan sikap nilai-nilai murni ,jujur ,amanah ,muafakat dalam kehidupan bermasyarakat ,memahami dan menghormati orang lain dan menyelami kehidupan bermasyarakat di bumi Adat Perpatih.Kampung Gagu telah mengambil seramai 75 orang anak angkat yang dibahagikan kepada 14 buah keluarga angkat.Baki daripada pelajar tersebut diambil oleh Kampung Teriang , Kampung Seperi ,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu , Sekolah Menengah Undang Musa Al-Haj  dan Sekolah Menengah Syed Al-Jufri.Mereka telah tiba di Kampung Teriang pada pukul 10.30 pagi dan perasmian penyerahan telah disempurnakan oleh Mr.Roger Seet Tee Gee ,Ahli Majlis Daerah Jelebu.Pada sebelah malamnya pula ,mereka telah dihiburkan dengan Tarian Piring dan Ta'lempong.Walaupun kehadiran mereka hanya seketika di Kampung Gagu , diharap mereka mendapat pengalaman yang berharga untuk dibawa pulang.Sehingga berjumpa lagi.

Thursday, January 31, 2013


LAWATAN DELIGASI WARTAWAN INDONESIA DAN BERNAMA

30 JANUARI 2013 

Objektif:
  • Mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia.
  • Menjernihkan pergeseran ,tuduhan keatas Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia.


Para wartawan tiba di Kampung Gagu tatkala Azan Zuhor berkumandang.Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Gagu serta Ahli Jawatakuasanya dan Pejabat Penerangan Daerah Jelebu.

Sunday, January 29, 2012

ACT


PROGRAM KAYUHAN CINTA DESA KUALA KLAWANG,JELEBU 2012
"Cintai Desa Negara Sejahtera"
Kg.Gagu-Kg.Larong-Kg.Dulang-Kg.Kemin-Kg.Gagu


28-29 Januari 2012




28 Januari 2012 (sabtu)

PROGRAM KEUSAHAWAN

  1. Penerangan Rakan Usahawan oleh En.Azrul bin kamaruddin (Yayasan At Tarbiah Malaysia)
  2. Peluang-peluang Keusahawanan di PKNS oleh En.Azry bin Othman (PKNS)
  3. Ciri-ciri usahawan berjaya oleh En.Iqmal Fajri Muiz.

Peserta yang mengikuti program keusahawanan.

Ibu-ibu angkat yang menanti ketibaan anak angkat masing-masing.

Pembahagian kepada keluarga angkat

Sebelah malamnya diadakan solat magrib berjemaah dan ceramah agama yang bertajuk: "Tanggungjawab dalam membina kekuatan ummah" oleh Ustaz Firdaus dari USIM.



29 Januari 2012(Ahad)



Aktiviti rengangan atlet sebelum kayuhan bermula.

Seramai 129 peserta yang telah mengikuti kayuhan ini yang terdiri daripada kelab ACT,PROSTAR dan PSCC (Pasoh Satu Cycle Club)

Ucapan/Taklimat keselamatan oleh Ketua Polis daerah Jelebu,DSP Setapa Yusof.


Talimat daripada Ketua Jelajah,En.Adnan bin Othman.


Bacaan doa oleh Imam 1 Masjid Kariah Kampung Gagu,Tn Hj Abdul Latif bin Ahmad sebelum aktiviti kayuhan bermula
Penyerahan jalur gemilang kepada pengerusi JKKK Kg.Gagu,En.Mohd Saad bin Harun.


Pelepasan Atlet Kayuhan Cinta Desa.kayuhan akan bermula di Kampung Gagu dan berakhir di kampung Gagu juga.
Kg.Gagu-Kg.Larong-Kg.Dulang-Kg.Kemin-Kg.Gagu
Disetiap kampung yang menjadi perhentian atlet kayuhan ini ada aktiviti yang dilakukan.

Pemeriksaan kesihatan

Menanam pokok

Sekembalinya atlet dari kayuhan disambut oleh Kumpulan Kebudayaan Kampung Gagu.

Persembahan cak lempong dari Kumpulan Kebudayaan Kampung Gagu.

Ucapan dari En.Amrus Setiausaha Politik Kanan Dato' Sri Utama Dr Rais Yatim.

Ucapan penutup oleh Penghulu Mukim Ulu Teriang En.Mohd Fouzi bin Mohd Isa.

Menikmati makanan tengahari yang sangat menyelerakan.


Menu makan tengahari yang telah siap dimasak.


Gotong-royong memasak makan tengahari oleh kaum ibu JKKK Kg.Gagu dan ACT


Monday, June 6, 2011

UUM (Part 2)

ANAK ANGKAT DARIPADA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA,
SINTOK KEDAH

Baksis Perdana 2011
(Bakti Siswa Perdana)
Program 'Jojak Adat' dan 'Baralek Gadang'
1-6 JUN 2011


4 Jun 2011 (Sabtu)

Aktiviti
  • Bengkel Minangkabau-Bahasa & Kebudayaan bersama belia-belia Kampung Gagu
  • Membuat latihan untuk malam kebudayaan siswa UUM.


5 Jun 2011 (Ahad)

Aktiviti
  • Sukaneka
  • Gotong-royong memasak
  • Malam kebudayaan siswa/i UUM dan BBQ



6 Jun 2011 (Isnin)

Aktiviti


  • Ceramah mengenai adat disampaikan oleh Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim kepada mahasiswa/i UUM di Balai Raya Kampung Gagu
  • Pertunjukan sketsa adat istiadat perkahwinan orang minangkabau,meraikan perkahwinan ke-2 Hj.Yusran dan pasangannya (berbaju ungu) dan Ulang tahun perkahwinan Dato Sri dan Datin.
  • Majlis perpisahan dan penutup untuk program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Utama Dr Rais Yatim.


Sketsa adat perkahwinan masyarakat minang yang dilakonkan oleh beberapa orang penduduk Kg.Gagu sebagai pihak pengantin perempuan dan pihak pengantin lelaki ,imam masjid Kariah Kampung Gagu,Tn Hj Abdul Latif bin Ahmad serta To' adat:(berbaju hitam dari kiri)
To' Mudo Azahari bin Tafmin, To'Mangku Haji Othman bin Sidin dan To' Ampat Haji Yaakub bin Ghani .To'adat inilah yang akan menyaksikan istiadat perkahwinan antara pihak pengantin perempuan dan pihak pengantin lelaki yang dengan membawa hantaran seperti Tepak Sirih,Sirih Junjung,Nasi Gadang dan Boko.Pengantin lelaki akan menyerahkan Boko kepada kedim pengantin perempuan.

*Boko = adalah hadiah yang dibalut dengan perca kain yang dijahit berbentuk empat segi.


Semoga pelajar-pelajar UUM dapat menimba satu pengalaman yang amat bermakna semasa berada di Kampung Gagu dan semoga ukhwah yang terjalin dengan keluarga angkat disini akan terus berkekalan.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah bertunggus lumus dalam menjayakan program ini.