Thursday, January 31, 2013


LAWATAN DELIGASI WARTAWAN INDONESIA DAN BERNAMA

30 JANUARI 2013 

Objektif:
  • Mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia.
  • Menjernihkan pergeseran ,tuduhan keatas Malaysia mencuri kebudayaan Indonesia.


Para wartawan tiba di Kampung Gagu tatkala Azan Zuhor berkumandang.Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengerusi JKKK Kampung Gagu serta Ahli Jawatakuasanya dan Pejabat Penerangan Daerah Jelebu.


Sedikit taklimat tentang Kampung Gagu kepada para wartawan.

Makan tengahari di Warong Mak Mok.Menu yang dihidangkan Ayam Masak Lemak Cili Api,Ikan Keli Berlado.Pucuk Paku Rendang,Sambal Belacan ,Ulam-ulaman dengan air yang istimewa iaitu 'Air Janda Pulang'.

Taklimat mengenai sawah padi oleh Pengerusi JKKK Kg.Gagu

Lawatan ke YD Woodcraft pembuatan kraftanggan di Kampung Durian Gasing oleh En.Hashim Saad.

Lawatan ke tempat IKS di Kampung Gagu iaitu pembuatan Bahulu dan Mee  Kuning.

Selepas minum petang di Warong Mak Mok,peserta program telah dibahagi-bahagi kepada keluarga angkat sebelum mereka meneruskan perjalanan keesokan harinya. 


Dari Kiri:Hj Amrus,Bapak Octo,To' Ampat dan YB ADUN Chennah.

 
Dari kiri:En.Mohd Zamri Zakaria (Pengerusi Komuniti 1 Malaysia),Pn Harlina Samson (BERNAMA),Pengerusi JKKK Kg.Gagu,En Mohd Saad bin Harun dan bapak Andhi

Ucapan daripada Hj Amrus,Setiausaha Politik Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.

Ucapan dari Bapak Octo Lampitu wakil dari Deligasi Wartawan Indonesia.

Wakil Deligasi dari Indonesia menyampaikan selendang sutera kepada En.Amrus.

Bergambar kenangan.

To'Ampat Yaakub Ghani (Berbaju Kuning) bergambar kenangan bersama 4 orang wartawan dari Inonesia,Bapak Andhi Wisnu Wicaksono (Ketua Pengarang JOGJATV ),Bapak Wahyudi M.Pratopo (Dewan Redaksi Jurnal Nasional),Bapak Octo Lampitu (Ketua Pengarang Akhbar Kedaulatan Rakyat) dan Bapak Suradi (Editor Pelaksana Koran Jakarta)

Ibu-ibu di Kampung Gagu bergambar kenangan bersama Bapak Suradi.

Mengabdi kenangan bersama wartawan BERNAMA (Nadia,Nana dan Harlina) sebelum mereka meninggalkan Kampung Gagu.

Salam perpisahan.Semoga bertemu lagi.

Bas yang membawa para wartawan ini bergerak meninggalkan Kampung Gagu pada pukul 9.00 pagi keesoknnya untuk ke destinasi mereka seterusnya di Negeri Melaka.Semoga persepsi yang sentiasa bermain-main diminda rakyat Indonesia tentang tuduhan kepada Malaysia mencuri kebudayaan mereka telah terjawab.Semoga jalinan ukhwah antara negara serumpun ini akan berkekalan tanpa sengketa.

No comments:

Post a Comment