SEJARAH DAN NAMA KAMPUNG
Kampung Gagu
jaraknya 8 km dari pekan Kuala Klawang Daerah Jelebu. Pemandangan kawasan kampung diapit oleh bukit
bukau, hamparan tanaman padi dan kawasan kebun getah serta dusun. Keluasan
kampung keseluruhan 650 ekar termasuk Kampung Sungai Legom di bawah pentadbiran
JKKK Kg. Gagu. Majoriti penduduk adalah Etnik Minangkabau.
Kampung ini dibuka lebih dari 150 tahun oleh peneroka berasal dari Minangkabau . Asalnya dipanggil kampung “solok” yang bererti “hulu”, saperti yang terdapat di beberapa kampung Minangkabau kerana kawasan yang terpencil.
Ramai yang berpendapat dan merumuskan nama Kampung Gagu ini berasal dari perkataan “ragu” kononnya sekumpulan penduduk asal dari Minangkabau yang datang awalnya berkeadaan ragu apabila sampai di kaki Bukit Baling-Baling yang merupakan bukit tertinggi yang memisahkan Kampung Renal dan Geliu Hulu Klawang.
gelaran Datuk Empat sebagai Ketua Kampung adalah gelaran yang dibawa dari Minangkabau. Dibawahnya ada empat suku minang yang utama: Suku Kota Piliang, Suku Sikumbang, Suku Jambak dan Suku Caniago. Datuk Empat adalah ketua adat dan ketua pentadbiran kampung ketika itu.

MAKSUD LOGO
Bulan sabit dan bintang: Simbol keagungan dan kesucian Agama Islam.
Atap minangkabau : Identiti adat budaya Minangkabau.
2 utas lingkaran tali : Kekuatan ikatan komuniti masyarakat Kg. Gagu.
Tangan : Simbol pendokong, perpaduan dan kesatuan masyarakat Kg Gagu.
WARNA LOGO
Hitam : Kegagahan dan keunggulan
Merah : Keberanian dan ketabahan
Kuning : Keharmonian dan kedamaian
PARLIMEN:JELEBU
NAMA YB. AHLI PARLIMEN:YB DATO' JALALUDDIN BIN ALIAS
DEWAN UNDANGAN NEGERI :CHENNAH
NAMA YB. ADUN:YB ANTHONY LOKE SIOW FOOK
DAERAH:JELEBU
PEGAWAI DAERAH: TUAN AZMAN BIN ABDULLAH
PENGHULU MUKIM:
NAMA YB. AHLI PARLIMEN:YB DATO' JALALUDDIN BIN ALIAS
DEWAN UNDANGAN NEGERI :CHENNAH
NAMA YB. ADUN:YB ANTHONY LOKE SIOW FOOK
DAERAH:JELEBU
PEGAWAI DAERAH: TUAN AZMAN BIN ABDULLAH
PENGHULU MUKIM:
PENGERUSI MPKK:EN.MOHD AZMAN BIN SAWIR
SETIAUSAHA MPKK:EN.KHAIRUL NAZHAR BIN YUSRAN
BENDAHARI MPKK:CIK NORIZAWATI BINTI NAZARUDIN
AJK MPKK :CIK ZAINAB BINTI MOHAMMAD NASIR
:EN.MOHD DAMRI BIN MAANI
:EN.MOHD RIZAL BIN SARITI
:HJ.JANTAN BIN TININ
:EN.SABRI BIN SAAT
:PN.NURHAJATI BINTI RASJIDIN
:PN.ZURIATI BIN SAWIR
:EN.MARZUKI BIN JAMAN
:EN.ROMAINOR BIN MD SHAH
:EN.MOHAMAD AMALI BIN ALI NASRUL