PESTA MENGEMPING DAN MENGOCA
9 SEPTEMBER 2017
9 SEPTEMBER 2017
Alhamdulillah ,syukur ke hadrat ilahi program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya.Ini adalah merupakan program tertutup anjuran Ybgh.Tan Sri Dr Rais Yatim khas untuk Para pelajar UIA ,sahabat handai,badan-badan sukarelawan dan kaum keluarga beliau dalam, misi beliau memperkenalkan tradisi kedesaan muhibah dengan semangat gotong-royongnya dan acara serta aktiviti yang mengamit nostalgia ketika waktu dulu , masakan kampung yang enak untuk diperkenalkan kepada generasi ini supaya tidak hilang ditelan arus pemodenan dan dapat dikekalkan dan diwarisi hingga keakhir zaman.
Menu masakan kampung yang disediakan untuk tetamu adalah:
1.Gulai Jering dengan Ayam Kampung
2.Gulai Talipia bersama Machang
3.Ikan Talipia goreng bersama air asam
4.ulam ulaman
5.Air sirap.
Sekalung ucapan terima kasih kepada barisan urusetia yang berganding bahu menjayakan pogram ini.Diharap tetamu yang hadir ke program ini ,mendapat pengalaman yang amat berharga.
Menyambut ketibaan Ybhg Tan Sri dan Puan Sri serta tetamu jemputan.
Ketibaan Ybhg.Tan Sri Rais Yatim
Acara Gusti Bantal
Acara pelepasan itik sebanyak 10 ekor dan lumba menangkap itik didalam kolam
Aktiviti menyabit padi
Aktiviti membanting padi
Aktiviti mengoca
*mengoca adalah aktiviti menagkap ikan dengan mengunakan tanggan.
Juruacara semasa program ini.
Aktiviti menumbuk emping
Mengasingkan antah dan emping
Penyampaian hadiah kepada pemenang dan pemberian ikan yang telah ditangkap kepada setiap pengunjung beserta bunga telur.
Yb Dato; Yunus Rahmat (ADUN Klawang )turut hadir ke program ini.
Sepatah dua kata daripada Tbhg Tan Sri.
Setelah penat melakukan pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung ,tibalah masa untuk menikmati hidangan makan tengahari yang enak.
DISEBALIK TABIR
Gotong-royong memasak dan membuat persediaan
No comments:
Post a Comment