Tuesday, November 24, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH KORBAN.

Thursday, November 19, 2009

SINAR

*PETIKAN DARIPADA AKHBAR SINAR 15 NOVEMBER 2009
KOMITMEN,KERJASAMA TUNJANG KEKUATAN

Pengerusi JKKK Kg.Gagu, En.Mohd Saad berkata"sekalipun pihak JKKK menetapkan visi,misi dan slogan bagi menentukan hala tuju pencapaian kampung,tanpa komitment dan kerjasama masyarakat kampung,adalah sukar di realisasikan.Gabungan antara barisan kepimpinan kampung,pemimpin setempat dan masyarakat pelbagai peringkat umur di sesebuah kampung itu sendiri, kunci kepada setiap kejayaan serta pencapaian aktiviti atau program yang dianjurkan".
Kampung Gagu adalah lokasi kelima yang menerima lawatan Panel hakim ADC peringkat Negeri Sembilan dimana lokasi pertama adalah di kampung Tengah (Tampin),kedua di Palong 5 (Jempol),ketiga di Kampung Telok Pelandok (Pord Dickson),keempat di Kampung Nyamor (Rembau),keenam di Kampung Tapak (Kuala Pilah) dan yang terakhir di Kampung Bukit Temiang (Seremban).

Monday, November 16, 2009

ADC PERINGKAT NEGERI

PENGHAKIMAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
12 NOVEMBER 2009

Panel-panel hakim bergambar kenangan bersama tetamu kehormat dan ahli jkkk Kg.Gagu selepas sesi penghakiman tamat.

Ketibaan panel-panel hakim disambut oleh penghulu mukim, ahli-ahli JKKK dan kumpulan kebudayaan Kg.Gagu.

Sesi pembentangan slaid profil kampung dan pertanyaan soalan daripada juri juri hakim.

Selesai sesi penghakiman,kini tibalah pula sesi lawatan ke tempat pameran.Antara agensi yang datang membuat pameran ialah,Jabatan Bomba,Agensi Dadah Kebangsaan(ADK),Kolej Komuniti Jelebu,TM dan Jabatan Pertanian.Selain itu,turut dipamerkan produk-produk yang terdapat di Kampung Gagu iaitu,mee kuning,ikan keli salai,Noor Jahar bakery iaitu produk roti dan kek,En.Ghazali juga turut membuat demontrasi menjahit kasut,ZNL SPA juga turut membuat promosi dan En.Romlie Mohidin (OKU) juga tidak ketinggalan mempamerkan produknya iaitu Heel Protector untuk kegunaan orang lumpuh dan koma.Produknya,dibekalkan kepada Hospital Daerah Jelebu dan dibayar secara kontrak.Kekurangan bukanlah penghalang untuk beliau menghasilkan sesuatu dan hidup seperti orang lain.Selain itu,panel-panel hakim turut dibawa melawat tapak projek dan Medan Infodesa.

*KOMITMENT DAN KERJASAMA DARI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT ADALAH TUNJANG KEKUATAN KAMPUNG GAGU.

Friday, November 13, 2009

MY HOMETOWN

12 NOV 2009

Setelah beberapa hari warga JKKK dan penduduk terlibat,berkampung di Balai Raya dan Medan Infodesa untuk membuat persiapan menghadapi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri.Sampai pukul 1 hingga 2 pagi baru pulang kerumah.Sanggup berkorban demi kampung tercinta.walaupun ada,yang balik pukul 4 pagi gara-gara nak siapkan profil kampung...Apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang terlibat dalam menjayakannya.Termasuk penghulu Mukim Ulu Teriang ,En Mohd Fouzi b Mohd Isa selalu bersama memberikan sokongan.Semoga Gagu menjadi yang terbilang di kalangan yang terbaik.Semoga Johan milik Gagu....Insyaalah.

Wednesday, November 11, 2009

AKHIR

MESYUARAT AKHIR PERSIAPAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT N.SEMBILAN DARUL KHUSUS BAGI TAHUN 2009
10 NOVEMBER 2009
BERGAMBAR KENANGAN JKKK KG.GAGU BERSAMA PEGAWAI DAERAH JELEBU ,TN ZULKIFLI B BAHARAN DAN EN.MOHD NIZAM B TAJUL ARUS ,PENOLONG PEGAWAI DAERAH.

Monday, November 9, 2009

ADC

GAGU DALAM PERSIAPAN MENJELANG ADC.SEMOGA GAGU BERJAYA DALAM ADC PERINGKAT NEGERI!!!!!

Friday, November 6, 2009

BROADBAND

CADANGAN PERKHIDMATAN JALUR LEBAR DARI SYMPHONET SDN BHD UNTUK JABATAN PENERANGAN DAERAH JELEBU (PILOT PROJEK).

-LAWATAN KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA DAN SYMPHONET SDN BHD KE KG GAGU-
29 OKTOBER 2009
Pengerusi JKKK sedang berbincang bersama pegawai-pegawai penerangan mengenai pemasangan jalur lebar ini.


Pegawai sedang membuat 'checking' tentang 'speed' Vsat di perpustakaan desa dan akan di 'upgrade' apabila projek ini berjalan kelak.


-SEMOGA GAGU TERUS MAJU-