Monday, February 22, 2010

RELA 1

PROGRAM MEMBASMI MUSUH TANAMAN
20 FEBUARI 2010

Ucapan daripada Tn Ibrahim b Yusof (Ketua RELA Daerah Jelebu) dan YB Dato' Siow Chin Pin (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri,Negeri Sembilan merangkap ADUN CHENNAH) merasmikan majlis penutup program tersebut.Turut hadir dalam program tersebut ialah,Pegawai Polis Daerah Jelebu,Jabatan Perhilitan Daerah Jelebu dan ahli RELA Mukim Ulu Teriang.

Pegawai RELA,sempat bergambar bersama musuh-musuh tanaman yang berjaya di tumpaskan.


Program ini adalah untuk menghapuskan musuh-musuh yang merosakkan tanaman penduduk Kampung Gagu malahan meceroboh masuk kedalam warong-warong berhampiran.Selain itu turut diadakan pertandingan menembak musuh-musuh tanaman yang paling banyak.Operasi ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Saturday, February 20, 2010

DENGGI

PROGRAM KESIHATAN
20 FEBUARI 2010

Program ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya demam Denggi dan langkah-langkah pencegahan.Selain itu turut diadakan pameran dan pemeriksaan kesihatan.

Taklimat telah disampaikan oleh En Mohd Nawi b Jumaat dari Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu


Nyamuk Aedes boleh dikenali melalui belang hitam dan putih di badan dan kakinya.Terdapat dua jenis nymuk Aedes iaitu Aegypti dan Albopictus.

Ini adalah merupakan kitaran hidup nyamuk Aedes.3/4 atau 75 % kitaran nyamuk Aedes berada didalam air.Dari telur hingga dewasa mengambil masa 7 hingga 10 hari.


Tanda-tanda pesakit yang diserang demam denggi.Selain itu pesakit juga akan mengalami pendarahan dalaman seperti jantung,paru-paru,hati dan otak.Penyakit ini boleh membawa maut kepada penghidapnya.


Tempat-tempat yang menjadi pembiakan nyamuk Aedes.Oleh itu marilah kita membersihkan tempat-tempat yang boleh menakung air.

CARA-CARA PENCEGAHAN
Memusnahkan vektor adalah langkah yang utama.
  1. Mengawal dan membersihkan persekitaran dan tempat-tempat yang boleh berlakunya pembiakan nyamuk.
  2. Mengunakan racun aerosol dan semburan kabus(fogging).Dalam semburan kabus ini,masyarakat haruslah memberi kerjasama membenarkan petugas menyembur didalam rumah.
  3. Memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% SG (1 sudu=10 gm untuk 20 gelen air) kedalam bekas tadahan air.
ANDA BOLEH DI KOMPAUN SEKIRANYA MEMBIARKAN NYAMUK AEDES MEMBIAK SERTA MERTA TIDAK MELEBIHI RM500.00 DIBAWAH SEKYEN 25 AKTA PEMUSNAHAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 (PINDAAN 2000)
Jika gagal membayar kompaun,boleh didenda di mahkamah.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Sumber Jabatan Kesihatan


Wednesday, February 3, 2010

MESYUARAT ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN BIL 01/2010

2 Februari 2010

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn Zulkefli b Baharan (Pegawai Daerah Jelebu).Mesyuarat ini adalah mengenai agenda persiapan Kg.Gagu ke ADC peringkat Kebangsaan bersama jabatan-jabatan kerajaan,JKKK Kg.Gagu dan NGO's serta ulasan mengenai ADC peringkat negeri yang lepas mengenai kelemhan-kelemahan yang perlu di perbaiki dan data-data yang perlu di tambah.Antara jabatan kerajaan yang turut hadir dalam mesyuarat ini adalah KEMAS,RISDA,MARA Jabatan kesihatan dan Jabatan Agama Islam.Selain itu ,turut hadir,penghulu mukim Ulu Teriang,En Mohd Fouzi b Mohd Isa,nazir masjid Kg.Gagu,wanita Umno cawangan ,pengusaha-pengusaha IKS Kampung Gagu.

*Semoga dengan kerjasama yang jitu dari semua pihak serta semua lapisan masyarakat bergabung tenaga,dapatlah Kg.Gagu menghadapi ADC kebangsaan 2010 dengan jayanya.Marilah kita bersama-sama menjayakan ADC Kebangsaan ini.

INGATLAH...TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU.

-Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat-