Friday, November 6, 2009

BROADBAND

CADANGAN PERKHIDMATAN JALUR LEBAR DARI SYMPHONET SDN BHD UNTUK JABATAN PENERANGAN DAERAH JELEBU (PILOT PROJEK).

-LAWATAN KEMENTERIAN PENERANGAN MALAYSIA DAN SYMPHONET SDN BHD KE KG GAGU-
29 OKTOBER 2009
Pengerusi JKKK sedang berbincang bersama pegawai-pegawai penerangan mengenai pemasangan jalur lebar ini.


Pegawai sedang membuat 'checking' tentang 'speed' Vsat di perpustakaan desa dan akan di 'upgrade' apabila projek ini berjalan kelak.


-SEMOGA GAGU TERUS MAJU-

Friday, October 30, 2009

TM

TAKLIMAT KEPENTINGAN ICT DALAM KEHIDUPAN MASA KINI DAN JAMUAN HARI RAYA BERSAMA KOMUNITI KG.GAGU

18 OKTOBER 2009

Kampung Gagu dan Kampung Teriang telah mencatat sejarah apabila menjadi kampung pertama di negeri ini mempunyai sistem internet berkelajuan tinggi kerana TM N.Sembilan telah melancarkan sistem Internet berkelajuan tinggi yang dikenali sebagai IPMSAL dengan kelajuan 4.0 megabait sesaat(MBPS).Ini adalah merupakan projek TM untuk merapatkan jurang digital diantara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar.

Pn.Salmah Mohd Taufek,Pengurus Besar TM N.Sembilan dan En.Jalaludin Alias, Timbalan Ketua UMNO bahagian Jelebu turut hadir pada majlis tersebut.

TM N.Sembilan memberikan sedikit cenderahati kepada Pengerusi JKKK Kg.Gagu dan Kg.Teriang. Syarikat Buluh Runcing telah memberi sedikit sumbangan kepada 10 orang anak yatim dikampung Gagu .

Kaunter TM Point bergerak telah dibuka untuk penduduk kampung membayar bil dan mendapatkan maklumat mengenai TM.Talimat Kepentingan ICT dalam kehidupan masa kini telah disampaikan oleh Shahrudin Marzuki untuk memberi kefahaman kepada penduduk kampung terhadap ICT.Selain itu ,tetamu turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu raya dari DJ dan persembahan Ca'Lempong.