Wednesday, February 3, 2010

MESYUARAT ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT KEBANGSAAN BIL 01/2010

2 Februari 2010

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tn Zulkefli b Baharan (Pegawai Daerah Jelebu).Mesyuarat ini adalah mengenai agenda persiapan Kg.Gagu ke ADC peringkat Kebangsaan bersama jabatan-jabatan kerajaan,JKKK Kg.Gagu dan NGO's serta ulasan mengenai ADC peringkat negeri yang lepas mengenai kelemhan-kelemahan yang perlu di perbaiki dan data-data yang perlu di tambah.Antara jabatan kerajaan yang turut hadir dalam mesyuarat ini adalah KEMAS,RISDA,MARA Jabatan kesihatan dan Jabatan Agama Islam.Selain itu ,turut hadir,penghulu mukim Ulu Teriang,En Mohd Fouzi b Mohd Isa,nazir masjid Kg.Gagu,wanita Umno cawangan ,pengusaha-pengusaha IKS Kampung Gagu.

*Semoga dengan kerjasama yang jitu dari semua pihak serta semua lapisan masyarakat bergabung tenaga,dapatlah Kg.Gagu menghadapi ADC kebangsaan 2010 dengan jayanya.Marilah kita bersama-sama menjayakan ADC Kebangsaan ini.

INGATLAH...TIADA KEJAYAAN SEMANIS MADU TANPA PENGORBANAN SEPAHIT HEMPEDU.

-Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat-

Monday, January 18, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG UPSR/PMR 2009
&
MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA KEJAYAAN KG.GAGU DALAM ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT N.SEMBILAN 2009
16 JANUARI 2010



Majlis ini telah di sempurnakan oleh Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia,merangkap Ahli Parlimen Jelebu,YB Dato' Seri Utama Dr.Rais bin Hj Yatim.Seramai 16 orang pelajar cemerlang UPSR dan PMR telah menerima anugerah masing-masing.Tahniah!! Kepada semua pelajar yang menerima anugerah.Teruskan usaha untuk terus cemerlang dan gemilang dimasa hadapan.Selain itu ,penyampaian sijil penghargaan kepada IKS yang terlibat dalam ADC peringkat N.Sembilan baru-baru ini.