Friday, June 19, 2020



SOLAT JUMAAT 

19 JUN 2020



Solat Jumaat pertama hari ini di Kampung Gagu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac 2020 yang lalu.Solat Jumaat kali ini dilakukan dalam norma baharu untuk mengawal penularan wabak COVID-19. Seramai 27 orang jemaah telah hadir ke masjid.

Monday, March 23, 2020

BANTUAN COVID-19

MAC 2020


MPKK Gagu dan Masjid Kariah Kg.Gagu telah memberikan bantuan yang merupakan makanan kering kepada masyarakat Kampung Gagu yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020. Terdapat juga orang perseorangan yang bermurah hati menghulurkan sumbangan yang merupakan barangan basah kepada keluarga yang memerlukan dan terputus bekalan makanan.Terima kasih diucapkan. Moga mereka dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.amin.