Monday, March 14, 2011

TUISYEN

PROGRAM TUISYEN CUTI SEKOLAH KAMPUNG GAGU

14-17 Mar 2011

Tempat : Medan Infodesa Kampung Gagu

Tenaga Pengajar:
  • Cikgu Mohd Rizal b Sariti,
  • Cikgu Mustaza b Muswar
  • Ustaz Sabri b Saat
  • 2 orang guru jemputan




Program tuisyen sempena cuti sekolah kali ini diadakan untuk pelajar sekolah rendah iaitu darjah 4,5 dan 6.program ini adalah sebagai mengisi masa terluang pelajar dan sebagai latihan ulangkaji.Pelajar hanya dikenakan yuran sebanyak RM10.00 sebagai pendaftaran. setahunProgram tuisyen seperti ini akan diadakan disetiap kali cuti sekolah yang akan datang.Tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru tinggal di Kampung Gagu sendiri dan 2 orang guru jemputan.Kelas tuisyen ini bermula dari pukul 2.30petang hingga 4.30petang.Matapelajaran yang diajar ialah Sains,Matematik,Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.


PROGRAM YANG AKAN DATANG
  1. Program tuisyen untuk pelajar sekolah menengah.
  2. Kelas Bahasa Inggeris untuk golongan dewasa






Thursday, February 24, 2011

BERMULA SEBUAH PENGHIJRAHAN

OPERASI MENANGKAP GAJAH LIAR DI KAMPUNG GAGU

24 Febuari 2011

'Si Buyuang Gagu'

Gajah jantan seberat lebih tiga tan dan berusia lebih kurang 50 tahun ini, telah ditangkap di Jeram Lesong,di tapak projek empangan Ulu Teriang,ZICON semalam dan ditarik keluar oleh 3 ekor gajah betina yang dibawa masuk dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC),Kuala Gandah Pahang.Gajah ini akan dipindahkan ke Terengganu pada petang hari ini.Gajah ini dipindahkan kerana telah merosakkan tanaman serta mengancam nyawa penduduk kampung.

Lawatan kerja oleh YB.Dato' Siow Chen Pen EXCO Kerajaan NS ke tapak tangkapan Gajah bersama Kakitangan Perhilitan Negara di Kampung Gagu.


Pada pukul 7.00 malam bermulalah perjalanan Si Buyuang Gagu ke tempat baru.