Wednesday, March 7, 2018


LAWATAN EXCO PERTANIAN NEGERI SEMBILAN KE KAMPUNG GAGU

5 MAC 2018


Lawatan Y.B. Dato' Hj. Hasim Bin Rusdi  yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian  Industri Asas Tani  merangkap Exco &  Dun Labu bersama ketua-ketua jabatan ke Kampung Gagu pada pukul 2.00 petang selepas solat Zuhur di Masjid Kariah Kampung Gagu.Tujuan lawatan ini juga adalah untuk menyerahkan mesin padi.



Friday, February 9, 2018

PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT MUKIM ULU TERIANG

1 FEBRUARI 2018


Seramai 159 pelajar dari Sekolah Menengah Sungai Kapar Indah telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6.Program ini bertujuan agar pelajar dapat merasai sendiri kehidupan sebenar di kampung.Pengalaman ini amat penting untuk Kem Pewaris Muda  dan Silang Budaya yang telah dirancang oleh pihak sekolah tersebut.Secara tidak langsung dapat mendidik mereka kearah sikap yang bertanggungjawab kepada masyarakat , menanamkan sikap nilai-nilai murni ,jujur ,amanah ,muafakat dalam kehidupan bermasyarakat ,memahami dan menghormati orang lain dan menyelami kehidupan bermasyarakat di bumi Adat Perpatih.Kampung Gagu telah mengambil seramai 75 orang anak angkat yang dibahagikan kepada 14 buah keluarga angkat.Baki daripada pelajar tersebut diambil oleh Kampung Teriang , Kampung Seperi ,Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu , Sekolah Menengah Undang Musa Al-Haj  dan Sekolah Menengah Syed Al-Jufri.Mereka telah tiba di Kampung Teriang pada pukul 10.30 pagi dan perasmian penyerahan telah disempurnakan oleh Mr.Roger Seet Tee Gee ,Ahli Majlis Daerah Jelebu.Pada sebelah malamnya pula ,mereka telah dihiburkan dengan Tarian Piring dan Ta'lempong.Walaupun kehadiran mereka hanya seketika di Kampung Gagu , diharap mereka mendapat pengalaman yang berharga untuk dibawa pulang.Sehingga berjumpa lagi.